Sabtu, 23 Februari 2008


Entah kenapa aku teringkat bingkisan yg di titipkan oleh seorg teman lewat emailku semalam……katanya…..

“MAWARUNGU……Cinta bukanlah daripada kata-kata…. tetapi dari segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan.CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.
Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh seseorang yang amat kita cintai sukar diperolehi. Bukakanlah pintu hatimu yang tertutup rapat itu agar cahaya cinta dapat menembusi rongga-rongga yang kekosongan… selakkan tirai kasih yang tersimpul rapi itu agar kilauan panahan arjuna bisa mewarnai lara suram yang bersenandung didalamnya…. Jangan di tepis… jangan di halau… sambutlah ia wahai sahabatku…. Genggamkanlah… agar hidupmu lebih bermakna…. Lebih ceria…. lebih bahagia. Aku mendoakan kesejahteraanmu…. Kebahagiaamu…. "
Amin….

Sahabatmu
QASIH CENDERAWASIH…..


TQ QASIH….tq…MAWARUNGU juga berharap ini yang berlaku dlm hidup MAWARUNGU. Titipan doa & kata2 doronganmu QASIH membuat MAWARUNGU terharu….. MAWARUNGU faham… amat faham…. Tapi… biar masa yg menentukan. Bukan nyer MAWARUNGU x cuba…. Bukan MAWARUNGU menutup pintu hati ini…. Tapi MAWARUNGU akan berdoa dan terus berharap… semoga INSAN yang bernama LELAKI itu akan muncul jua & menerima diri ini dengan seadanya…..

Tiada ulasan: