Khamis, 31 Januari 2008

aku masih setia



Kini genap sepurnama
Sinar pergi selamanya
Bermalam berairmata
Takkan membawanya
Pulang kepada ku
Aku redha...
Redha apa yang telah terjadi
Namun tak dapat ku nafi
Hancur lebur ku dihati
KU SETIA
AKU MASIH CINTAINYA
DALAM TIAP DOA
AKU SEDIH HIBA
MENGINGATI DIRINYA
AKU RINDU
TERAMAT RINDU DAN PILU
OH TUHAN
KURNIAKAN RAHMAT KE ATASNYA
SELAMA-LAMANYA..
Terkenang suatu ketika
Hidup ku tiada arah yang sebenar
Dia bagaikan pelita
Menyuluh hidupku
Dengan nafas cinta
Aku redha..
Pemergiannya
Walau ku rebah
Kini hanyalah di mimpi
Melepas rindu kasih
AKU RINDU
TERAMAT RINDU DAN PILU
OH TUHAN
KURNIAKAN RAHMAT KE ATASNYA
SELAMA-LAMANYA
DAN SEMOGA DIA
TAHU HAKIKATNYA
AKU MASIH CINTA

Ahad, 27 Januari 2008

KU MENANGIS KERANAMU....


Setelah sekian lama
Memendam cinta dihati
Berkasih indah kurasa
Merindu orang di sayang
Tak sangka hatiku diluka
Sewaktu kasihku berbunga
Engkau pergi tanpa kata
Kerana mu ku tersiksa
Oh... pilu dihati
Menyiksa batin tersiksa
Terkenang apalah nasibku
Tak pernah rasa bahagia
Mengemis kasih orang
Tak sedar siapakah diri
Yang menumpang di sudut hati
Tak tahu orang dah tak sayang
Walaupun tak ku rela
Kehilangan mu sayang
Bersama air mata
Ku lepaskan kau pergi
Andainya dapat kau rasa
Kepiluan dihati ini
Bagaikan terbakar api
Semarak pedih terasa
Bila kekasih menghilang
Perginya tiada berpesan
Ku menangis kerana mu

Sabtu, 26 Januari 2008

rindu ini....

Rindu ini
Ada kalanya amat menusuk jiwa
Menyentap gelisah kalbu
Merobek seluruh ragaku
Rindu ini
Seandainya bisa diuntai
Pasti terilham mutiara terindah
Penyeri segenap sanubariku
Rindu ini
Alangkah syahdunya terasa
Seandainya disambut mesra
Terubat gelora jiwa
Tenang segala gundah gulana
Namun apa dayaku
Tidak mungkin niat tercapai
Tidak mungkin dapat terluahkan
Walaupun bisikan cuma
Kerana aku hanya sekadar menumpang lalu
Dalam lipatan kembaramu

Khamis, 24 Januari 2008

Buat Yang Mengerti Bicara ini...

Ku lihat di ufuk barat
lembayung sutera ungu mencengkam
mentari membenam suria
bersama sejalur pelangi senja
dan kalau kau melihat pelangi nanti
ingatlah akan perbicaraan batin
tentang keindahan alam dan kedamaian jiwa
kita tidak sangsi akan keunikkan ciptaanNya
jalur pelangi beraneka warna

kita uraikan warnanya
kemudian kita satukan semula
lalu kita titi pelangi dengan mata dan hati kita
di sana akan lahir bait-bait kata
meremang segenap sanubari
membasuh pentas rindu...
merenung pada senja merah yanag berlabuh

debar menanti malam yang muncul
dan bila peradaban langit berlaku
aku ingin sekali mencantumkan
degup jantung dengan debar atma
agar iramanya serentak...
membebaskan amukan rindu
sepasrahnya....
berada di ranjang malam

aku menjadi perindu malam
menghitung kerlipan bintang di langit
juga menjadi penunggu pantai sejati
merenung lautan biru yang terhampar
mencari hujung layar yang muncul
aku sendiri tidak pasti
hanya detakan hati mengheret aku
terjebak dalam pelawaannya
ku kais-kais pepasir pantai

mencari butiran kata yang terkubur..
saksikanlah riak-riak ombak dipuput bayu
langit tidak selalu mendung..
cahaya mentari tidak selalu dapat meneluskan surianya...
bekalkan daku bicara madahmu
biar hari kosong tanpa mu
tidak sesepi langit malam tanpa bintang..!!

Rabu, 23 Januari 2008

handphone kesayanganku HILANG!!!




Waaa….Sedih nyer aku ari ni..…. Teramat sedih. Handphone kesayangan hadiah dari Kak Long & Abg Long hilang. Entah!!!... Aku tak tahu kat mane iyer ilang…. Tapi sedar2 hphone 2 dah x ade dlm handbeg. Semalam dah la sibuk 1 ari…. Bekejar jumpe client kat Karambunai…. Pas2 terus lari ke site…. Ngadap kat site dr tgh hari bute…. Spai la ke tgh mlm bute. Patut la x ade gangguan….. x ade bunyi langsung… patut la x aman dan damai.... rupe2 nyer…. Handphone 2 dah x ade… waaaaaa….huhuhuhuhu…..wawawawaaa……sedihnyer… sunguh2 sedih…... Aku x sedar bile ia ilang…. Aku x tahu bile ia x ade….. mungkin tertinggal kat lobby hotel? Mungkin tertinggal kat kedai yg aku singgah kejap beli gule2? Dah tye kat tuan pyer kedai…. Dia kate x ade! Dah tye kat staff hotel 2…. Mereka kate x ade brg yg dijumpai….waaa…. cam ner ni? Mesti Kak Long & Abg Long sedih…. Coz aku x jaga ngan baik2. Dah la sume no kawan2, saudara mara & org2 aku kenali ade kat dlm 2……eeeiiii…. Cam ner ni? Aku dah lost contact dah ngan diaorg. Aku dah putus hubungan….. Kak Long & Abg Long…. Maafkan adik. Adik bukan sengaja…. Tapi mmg adik cuai…. Teramat cuai…. Sehingga barang kesayangan pun adik boleh hilangkan. Mesti Kak Long & Abg Long marahkan adik nnt…. MAAF… MAAF sesangat yg adik pohon. Wwwwwwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!........

Selasa, 22 Januari 2008

aku merapu lg....

Ingatan untuk mereka
Yang pernah hadir dalam hidupku
Ingatan untuk mereka
Yang pernah bersama
melalui 'waktu itu' bersamaku
Ingatan untuk lagu-lagu
Yang pernah bersenandung
dalam hidupku
Ingatan untuk hari-hari
Yang pernah
menjadi sebahagian dari hidupku
Walau lagunya sedih
Walau ceritanya pun sedih
Namun
kenangan yang bertandang dalamku
Seiring dengan dodoian lagu ini..
Adalah cerita yang menjadi sejarah
Yang penuh dengan air mata."
Tapi....
Dalam hidup ini,
Tidak semua yang diimpikan akan dapat
Malah kadangkala
Terpaksa berkorban hati dan perasaan.
Apalagi bila melibatkan perasaan insan lain
Oh Tuhan,
Rahsia hidup ini
Bukannya mudah untuk hambaMu tafsirkan.
Kepunyaan Engkau
Atas apa yang ada di langit dan di bumi.
Cinta kepadaMu,
Rindu kepadaMu
Adalah segala-galanya di dalam hidup ini.
Sepi!
Yalah!!
Seperti diriku yang sedang sepi...
Sepi kerana ditinggal si dia....
Sepi dalam perjalanan hidup ini
Aduhai!!!
Masa yang indah itu sudah pergi semuanya...
Sehingga tidak ada apa-apa lagi
Yang tersisa untuk aku di sini...

alahai....

Semalam..
Ada titisan jernih membasahi pipiku..
Membanjiri jiwaku..
Dengan kelukaan yang paling dalam
Semalam...
Aku terfikir...
Kenapa hati ini sering dilukai..
Kenapa diri ini sering terluka...
Kenapa airmata ini terlalu mudah untuk mengalir..
Kenapa!!Kenapa!!Kenapa!!!!!!
Aku hampir mengalah pada cinta ini..
Aku hampir lemah memikirkan perjalanan cinta ini..

sesekali hati ku berbicara...
kenapa desiran rindu sentiasa mencengkam..
kenapa ujian ini bertalu tamu buat diriku...
setiap detik berlalu tanpamu..
umpama sahra gersang nan tiada tumbuhan..
ibarat luatan kontang menanti gerimis berhujan..
duhai jiwa..
sabarkahlah hati menempuh hari..
duhai hati..
tegarkanlah diri menanggung rindu..
duhai rindu...
tamu mu tetap ku tunggui..
walau sesak jiwa menghadapi..
kan ku tegarkan jiwa ini menghadapi..
semaian kasih buahan kerinduan...
semoga esok pertautan utuh di perwalian berkekalan.

Isnin, 21 Januari 2008

cantiknya seorang wanita......

cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

Ahad, 20 Januari 2008

rindu bertandang lagi....

rindu bertandang lagi kekasih
hatiku merintih keranamu
kesunyian mencengkam
dalam lautan kenangan
ajaibnya perasaan
rindu membawa daku kekasih
pada musim-musim bersamamu
rasa kasih dan rindu yang tertanam buatmu
di jambangan usiaku
waktu memisahkan aku denganmu
kemanisan bersatu dalam sebuah rindu
kini saat indah menjadi sejarah
dan musim pun berlalu
bersama waktu kini
bertemankan sebuah perasaan
rasa kasih rasa rindu padamu
rindu bertandang lagi di hati
rindu menghampiri kala sunyi
dah lama hidupku yang kosong
tak berisi
semenjak dikau pergi

Tuhan.... dekatkan aku dengan MU....


Tuhan....
Aku merintih di hadapaMu
Memohon dan meratap pilu
Air mataku mengalir laju
Merasakan betapa
Berdosanya aku pada diriku sendiri
Zalimnya aku kerana diriku sendiri
Tuhan
Kurasa jauhnya aku dariMu
Cinta yang kucari bukan cinta yang kudapat
Siapa aku dalam jasad manusia ini
Jika aku terlalu jauh dariMuTuhan
Dekatkan aku denganMu
Tenangkan aku dalam dakapan kasih sayangMu
Kelubungi aku dengan selendang rahmatMu
Tuhan
Hati ini tidak layak utk kuletakkan manusia
Hati ini hakMu, Tuhan
Derhaka lah aku jika manusia lebih ku ingati di hati ini
Tuhan
Maafkan aku atas kesilapanku
Nyata rahmatMu terlalu luas
Di mana sahaja kutemui keampunanMu
Nyata
Aku dalam kealpaan
Kau masih sudi mengingatkan aku
Kerana Engkau terlalu cinta dan kasih terhadap hambaMu
Maka
Dekatkan aku denganMu
Wahai Tuhan...
Tuhan
Ku menghimpun kekuatan
Ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup
Dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan
Bukan suatu kekalahan
Tapi satu kejayaan
Yang masih terpendam
Ku meminta diberikan
Sejenak kesempatan
Untuk ku ulang kembali
Langkah pertama
Keperitan yang ku rasa
Mengajar erti kesabaran
Mengajar erti ketenangan
Mengajar erti ketabahan
Menyedarkanku
Insan amat memerlukan MU
Oh TUHAN……

jiwa ini....

Pasrah.
Itu sahaja yang dapat aku lafazkan di tika ini.
Sememangnya itulah yang aku rasakan di saat ini.
Perasaan bercelaru.
Jiwa bergelora.
Minda berkecamuk.
Emosi tidak menentu.
Argghh!!!!
Aku mesti lupakan segala ini.
Bukan lupakan terus tetapi kurang mengingati dirinya.
Agak bodoh diriku ini.
Kenapa perlu meratapi perpisahan yang terjadi?
Sedangkan si dia tengah berbahagia saat ini disamping insan yang dicintainya.
Biar ku rawat segaris luka ini
Agar bisa ia sembuh.
Hanya parut yang tidak berdarah.
Sebagai tugu ingatan.
Apa yang telah berlaku bisa mematangkan aku.
Aku perlu terus memandang ke hadapan.
Dan sesekali memandang ke belakang agar menjadi kenangan kepada diriku.
Dan sebagai iktibar di masa hadapan.
Hidup perlu diteruskan.
Setiap berlaku pasti ada hikmahnya.
Itu yang perlu aku dijadikan pegangan hidupku buat masa ini.
Agar aku tidak terus hanyut dibuai arus kehidupan.
Dan juga tidak jauh tersasar dari landasan yang benar.
Teringat kata-kata seorang temanku.
Kita memang kena jumpa orang yang salah baru jumpa yang betul.
Kesahihan kata-kata itu tidak dapatlah kupastikan.
Bukakan kotak mindamu. Bukakan mata hatimu.
Bisik hati kecil ku
Seolah-olah menyedarkan aku dari lamunan yang panjang.
Aku perlu bangkit.
Bangkit dari kesuraman hidup.
Perlu kembali bersemangat sepertui biasa.
Meneruskan hidup seperti sediakala.
Tiada gunanya untuk terus menyalahkan diri sendiri
Yang berlaku kan tetap berlaku....

Jumaat, 18 Januari 2008

Monolog hati yang lara...... Semalam, Hari Ini Dan Esok...


Semalam........ di sudut ruang diriku ini, telah tercipta suatu cerita pada seluas fatamorgana ... aku tertanya akan diri sendiri tentang sebuah ilusi yang tercorak di maya ini..
Dihujani dengan kalimah-kalimah sayu menghiris. di tujahi bait-bait pilu menghimpit. Kini aku seorang perindu yang kian lemas dibelai oleh cerita luka semalam..... menyimpulkan bait-bait nan kecundang, berkumandang garang lantas menjerat diri dan mengheret kuntuman-kuntuman kenangan berlabuh disudut hati nan lara. Apakan daya, telah ditakdirkan kasih hanya untuk semusim berlalu.... ibarat sebuah kapal teroleng-oleng tanpa nakhoda di tengah lautan yang meluas, kemudian datang menghampiri sebuah pelabuhan dan pantai itu sebagai suatu persinggahan cuma.
Diri ibarat kapal yang belayar menuju ke destinasi, mengusung selaut rindu yang bergelora menghempas dan mencengkam di jiwa yang kekosongan terlantar di sudut hati yang terbiar sepi. Dari bayu yang sepoi menyapa... kutitipkan angin semangat yg kian menghilang. Ombak-ombak keyakinan harus ku gapai, kebahagiaan harus ku cari biar tersembunyi di celah lautan pasir, namun jiwa ini kalah dan tewas dengan permainan hati yang sentiasa dihujani air mata rindu dan desiran gemuruh esakan ombak.
Malam ini.... rindu ku mengajak kau hadir dalam setiap mimpiku tapi mata enggan terlena. Tidak dapat ku menahan sebak walau sebenarnya tak ingin menitiskan air mata buat mu lagi. Ingin benar ku mendengar bicara mu seperti dahulu, disulami rintihan perasaan...tapi apakan daya...!
Teratai yang kian layu itu menagih limpahan air untuk membasahi kelopak merkah agar dapat berkembang indah. Malam ini.... aku termenung mengharap bulan sudi mampir di jendela namun kegelapan malam tiada bercahaya...... Akhirnya malam ini seperti malam-malam yang lalu..... aku berendam dengan si air mata...... Entah esok dan seterusnya..... akan sirnakah reash rindu ini kerana aku yang tidak mampu....

Khamis, 17 Januari 2008

aku lg!!!

sekali lagi...
selalu saja begini..
hampir jatuh cinta lagi..
tapi....
terluka lagi...
apa cinta memang begini??
atau memang takdirku ini??
kau hadir,
biaskan cinta dihati
buatku rasakan hidup kembali,
ingatkan lagi tentang jatuh cinta
yang kaya dengan seribu warna dan sejuta rasa
tapi..
sekali lagi,
semua hanya ibarat mimpi
dan aku...
sepertinya harus kembali terluka
kau bilang
tak mau aku kecewa
tak mau aku menangis
tapi..
air mata ini sudah menitis membasahi jiwa,
sayang..
karena cinta itu telah hadir
karena..
kamu sudah terlambat sayang.

Rabu, 16 Januari 2008

hajat x spai....


hari ni aku nak jumpe dia..... aku nak bersemuka ngan dia. aku nak tye byk benda... kenapa?... kenapa?... dan kenapa?. Aku nak wat perhitungan. Aku nak langsaikan sume..... agar antara aku & dia x akan berhutang ape2. Selepas subuh aku dah karangkan di kepalaku ape yg hendak ku tye? ape yg hendak ku soal?..apa?...apa?...dan ape?.. Semua nyer berkecamuk di kepalaku. Bermacam soalan yg bersimpang siur.... sehinga kepalaku Sendat...sesak... ah!!! pening kepalaku.... sungguh pening. Namun masih belum bertemu ngan soalan yang berupa soalan. Setiap detik saat yg berlalu membuat aku terus diburu dengan seribu soalan. Aaahhhh!!!!!.......... nape kepala ini buntu? nape minda ini kaku? mungkin kerana rase sakit yg dihadiahkan membuat aku x berupaya nak fikir. Resah dan debaran di dada kian menghambat. Degupan jantung ku usah nak kate.... seolah2 nak tercabut dr kantung nyer.... nape ni? nape aku begini? nape aku berperasaan seperti ini?... Oh!!!!!....... saratnyer dada.... perit nyer rase. Sungguh SAKIT!!!!!!!!!!!!..............
Namun.... pertemuan itu x terjadi..... dia x datang. Dia mungkiri janji.... hanya SMS yang di antar.... bagi mewakili diri. " SORRY! Mawar.... i x dpt jumpe u today.... coz i bz. Kita jpe lain kali. Bye." . Aku terduduk. lemah lututku.... ingat cerita kami akan berakhir hari ini.....tapi!!!... ia masih tergantung. Aku diam di kerusiku.... sambil merenung 5 kotak yg telah ku balut elok2.... utk kuserahkn semula kepada nyer..... kepalaku sudah berdenyut.... pening ini sungguh melemaskn..... eemmm... baik aku balik umah & tido.... TIDO!!!!.......


Selasa, 15 Januari 2008

SEPI ITU.....

Sepi itu sepasang daun pintu
Membuka luas ruang fikir
Bersama air bersih membasuh mata kelabu
Mencari buah jujur di pohon kebenaran
Sepi itu mengasah tajam sepasang telinga

Mendengar hikayat si bunga hati
Tiada dusta atau apa2
Wangi atau busuk rela dihidu
Sepi itu penggerak langkah pertama

Ke perjalanan yang jauh
Menyusuri lorong selamat untuk sampai
Memeriksa bekal mengisi tabung hayat
Sepi itu penyuluh di gelap malam

Bulan penuh bintang bertabur
Jalan berliku nampak lurus jelas
Cahaya iman cerah memancar
Sepi itu membuka gedung ilmu

Mencanai akal mencabar bijaksana
Banyak soalan minta dijawab:
Lebar payung langit…di mana tiangnya?
Pasang surut air di laut bersilih ganti..
Di mana mesin penggilirnya?
Siang malam ombak memukul pantai…kenapa tidah pernah bercuti?
Sepi itu sekuntum mawar

Mengharum taman hati dua kekasih
Membina jambatan cinta suci
Menyambung rindu dari benua ke benua
Sepi itu sehelai kain sutera

Lembut halus pakaian jiwa


-Karya Khadijah Hashim.... yg pernah diterbitkan dlm majalah Jelita Sept. 2004

Isnin, 14 Januari 2008

ungurindu



BERDARAH LAGI....

SETELAH BERTAHUN...


Hujan masih di luar tak berhenti
Terasa dingin lagi
Hati sedih terkenangkan kembali
Wajah mu yang suci
Memandang ku
Di hari terakhirmu
Sendu dan tangis ku
Mengiringi pemergian mu

Namun hati ku tak pernah cuba
Untuk menerima pengganti mu
Biar di palu seribu resah
Pada redup wajah senja
Ku tergambar cinta kita
Masih diselimuti cahaya
Terang sesegar bak kali pertama
Walaupun telah bertahun
Jasadmu berselindung

Ku tergambar cinta kita
Tak mungkin kan ada penghujungnya
Pabila sang mentari dah menjelma
Terasa engkau dan aku masih bersama
Biar mendung berlalu dan berhenti
Aku tetap di sini
Bersenandung pada mu saban hari
Kasih yang sejati
Bersemadi



*** Ah!!!! aku tewas lg.... tewas dlm percaturan hati. Tewas dlm mencerakin permainan hati.... tewas dlm memaknakan permintaan hati. Tapi.... itu bukan persoalan nyer. Kerana rase kehilangan x sama seperti perit saat gerhana jiwaku yg dahulu.... lagu ini seperti imbasan perjalanan jiwaku yg kehilangan dan masih di sini menghitung bilah2 hari, menganyam buih-buih kenangan yg ku pintal lalu ku jadikan kalung semanngat dlm meneruskan kehidupanku..... - aku yang bernama MAWARUNGU -

SELAMAT PAGI.....

selamat pagi..
Semoga pagi ini kite memperolehi kekuatan untuk meneruskan tugas dan amanah yg kite pikul....
Lakukanlah ngan tenang dan sabar agar sepanjang hari kite aman dan menenangkan...... amin...

Ahad, 13 Januari 2008

Menangislah jika perlu....

Tangisan memiliki kekuatan tersendiri.
Tangisan membuat insan rasa tawadduk,
sementara ketawa memjadikan insan takabbur.
Tanggisan membuat hati manusia cair dan bersih,
ketawa membuat hati jadi keras.
Tangisan membentuk keazaman dan penyesalan

supaya peristiwa sedih tidak berulang
sedangkan ketawa sebaliknya,
merasa puas dengan apa yang terjadi.
Tangisan membuat insan lebih dekat pada tuhan,
ketawa sebaliknya.
Tangisan adalah sunnah Ambia,

ketawa adalah sunnah musuh-musuh mereka.
Orang yang menangis akan lebih cuba untuk membetulkan dirinya,
orang yang ketawa sebaliknya....
Setiap titik air mata yang menitis tidak akan pernah hilang,
ia akan tetap kekal sekekal perasaan luka di hati,
Tangisan adalah luahan hasil dari perasaan..
tanda hati masih lembut dan subur,
ia menandakan hati yg hancur,
Walaupun luka masih kekal

tetapi bersamanya keazaman utk tidak akan berulang
nota-nota penyebab kesedihan dan kelukaan,
Tangisilah,
menangislah kerana ia adalah bahasa fitrah,
Bahasa pertama manusia ketika dilahirkan,
bahasa yg di dengar oleh tuhan

kerana tangisan adalah bahasa hati,
luahan perasan yg tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.



++ PUISI NI DI SUMBANGKAN OLEH ADIK KESAYANGAN MAWAR UNGU... ADIK HANIZ.... DAN TUAN PYE NUKILAN NI ADALAH UNCLE SI HANIZ UNCLE BEB..... TQ DIK... AKAK AMAT HARGAI...

YANG TERKURUNG DI JIWA...

Dari beribu waktu yang ku lalui
Hanya ada sedikit waktu yang dapat jamah kalbu.
Dari bias kilat sang ungu,
Bagiku terasa bak sembilu.
Diri datang bagaikan arang,
Lumat kegelapan tanpa fikir panjang.
Diri datang ibarat sang helang
Terombang badai, khidmat terlempar melayang
Rintihanku syairkan garang,
Pekikanku tembangkan petang,
Jeritanku keringkan karang.
Untuk apa?
gayuh suara itu' terawang kedepan '.

Ku intai senja ku agar kau tak datang,
Ku intai malam ku damba kau kan hilang,
Mengapa ......?
Diri ingin bangkit.
mengejar sang impian,
Tapi....
Kau tikam aku, hingga bangkitkan angan,
Hingga.......
Sedetik waktuku sempat terhenti.......
dan aku seketika
Tanpa lakukan apa - apa
Kau kian menghilang,
Ku biarkan luka terhidang,
Ku menangis kau tertawa riang.
Sampai kapan..........!!!
Tak ada lagi jwa bimbang di atas azab yang menggila
Atau, tak kan ada jiwa lagi dalam kerangka raga maya adanya,
Atau, perlu terkubur rapi tanpa peduli tebaran sembrani kegundahan
Aah!!!!........ hanya aku yang menggerti.....

*** cebisan puisi dr seorg sahabat yg memahami siapa MAWAR UNGU....
yg mengetahui ape yg berlaku.... terima kasih teman.... biar jauh di mata namun... semangat yg kau sadurkn membuat aku terharu....

jiwa ini...

Ya Allah....
Sejukkanlah gelora hati ini
Dengan salji keyakinan
Padamkan gelojak api jiwa ini
Dengan air keimanan
Berikanlah rasa damai
Pada jiwa yang dalam kegelisahan ini
Tunjukkanlah penglihatan ini
Menuju cahayaMu
Bimbinglah kesesatan ini
Ke arah jalanMu Ya Allah…

Jalan orang-orang yang Kau Redhai…

Sabtu, 12 Januari 2008

DOAKU.....

Ilahi......
Andai ini ujian penghapus dosaku
Tabahkan hatiku menerimanya

Ilahi......
Andai ujian ini
Jadi penyuci jiwa kotorku
Redhakan ku menerimanya

Ilahi.......
Andai rasa sakit ini
Bisa mendekatkan kepadaMU
Walau sejengkal.....
Teguhkan imanku menerimanya

Ilahi.......
Andainya segala yang berlaku
Adalah semata-mata kerana kasihMU
Sudilah kiranya Kau menerima taubatku ini
Kerana ku terlalu takut akan azabMU

Sedangkan ku tak layak ke syurgaMU

Ilahi.......
Kudambakan cinta Ilahi
RedhaNya kujejaki
Amin......

berdarah lagi....

MySpace Graphics


MySpace Graphics & MySpace Codes

Tatkala ada insan...
Yang sedang menghitung detik..
Menantikan hari-hari bahagia..
Sedangkan aku masih di sini..
Mengenang nasib yang melanda diri..
Bagaikan sebuah mimpi..
Untuk melepaskan segalanya pergi..
Semalam adalah kenangan..

Hari ini adalah kenyataan..
Dan esok adalah harapan..

Kenangan yang kan hanya menjadi peneman sepiku...
Harapan yang hanya tinggal harapan...
Dan sebuah kenyataan yang penuh seribu dugaan...

Yang terpaksaku lalui kini...
Ya Allah..
Terlalu sukar untuk ku tempuh segalanya...
Dugaan demi dugaan hadir dalam hidupku...
Namun aku redha atas ketentuanMU itu..
Walau jauh di sudut hatiku ini...
Terlalu sayu rasanya...
Untuk menghadapi hari-hari yang mendatang...



Tarian penaku semakin longlai..
Titisan jernih terus membasahi pipi...
Tiada daya untukku teruskan coretan ini..
Pabila mengenangkan segalanya yang telah pergi...

Ahad, 6 Januari 2008

kita kawan....

Kawan...........,
benarkah kita sedang berkawan
betulkah kita tak pernah berlawan
serasikah kita dalam berkawan
tuluskah kita dalam berkawan

Kawan...........,

pinta ku... jangan aku ditinggalkan
rayuku..... usah aku kau lupakan....
hatiku.... sukar aku....
untukku..... kau ku lepaskan tangisku....
bukan kau yang aku hindarkan

Kawan...........,
biar kering air dikali
biar hujan membanjiri bumi
biar panas sepanjang hari
biar ribut meredah alam

Kawan...........,

kau...., masih kawan yang macam semalam
kau...., masih tercatat dihati seperti semalam
kau...., masih diingatan...
sentiasa diingatan.....

Kawan...........,
hampir sepurnama kita berkawan....
adakah sepurnama juga kita dijalinan 'kawan'

Kawan...........,
aku...., tak mampu untuk berlari mengejarmu
aku...., hanya mampu untuk sama berlari denganmu
aku...., tahu aku tak mungkin kehilanganmu
aku...., tak tahu adakah kau akan kehilangku....

Kawan...........,
terimakasih... kerana kita pernah berkawan
terimakasih... sebab kita masih berkawan
Kawan..........., benarkah kita sedang berkawan

Kawan...........,
kau...., masih kawan yang macam semalam
kau...., masih tercatat dihati berkawan
terimakasih... sebab kita masih berkawan

"Teman Sejati Bukan yang Selalu Dekat DiMata, Dekat Bicaranya Tetapi Dia yang Setia di Hati dan Diingati Dalam Setiap Bisikan Doanya"

tentang hati.....

hati..
setiap orang miliki hati,
dan aku juga tidak terkecuali.
hati..
bisa buat kita bahagia,
juga bisa buat kita derita.
hati..
tanpamu hidupku sunyi,
tanpamu hidup tak bererti.
hati..
terlalu mudah tuk mempercayai,
terlalu mudah tuk menyayangi.
hati..
terlalu suci tuk dinodai,
terlalu luhur tuk dicalari.
hati..
mengapa mudah tuk menyukai,
mengapa mudah tuk menyintai.
hati..
hanya kau yang memahami,
hanya kau yang mengerti,
betapa pedihnya saat dilukai,
betapa sakitnya tika dikecewai.
hati..
berkali-kali aku ditewasi,
dan kini aku kecundang lagi..
namun apa dayaku hati,
kerna semua itu ketentuan ILAHI.."

Sabtu, 5 Januari 2008

bile aku merapu!

Semenjak balik... aku terlalu sibuk... sekejap ke hulu... sekejap ke hilir. Keluar umah dah lak subuh buta.... balik umah lak.... bulan terang benderang. Dah puas kena bebel ngan ummi.... dah puas kena ceramah ngan babah.... dah jenuh kakak2 dan abang ku bising... aku wat bodoh jer.... bukan aku x dengar.... bukan aku sajer..... tapi aku mahu lari dr kenal soal siasat..... aku x mahu ummi tahu ape yg bermain dalam hati.... aku x mahu babah berkeluh kesah.... aku x mahu kakak2 & abgku merenung sayu...... tolonglah.... aku x mahu bebankan mereka...... cukuplah mase yg lama utk aku bangkit..... cukuplah. Aku harus bangun..... "Bangkitlah wahai diriku..... bangkitlah. Bangunlah... wahai nyawaku bangunlah....hadapi akan realiti..... usah lena lagi.... celiklah mata hatimu utk pandang ke hadapan dan teruskan perjalanan hidupmu yang panjang......
Aaahhh.... memang senang utk berkata2..... mudah utk meluahkan bicara..... namun bile merenung ke dalam jasad diri yang kerdil ini..... makan terserlahlah jiwa yg rapuh.... jiwa yg lemah... jiwa yg kosong. Bukan tidak diintai.... bukan tidak diintip..... bukan tidak ditanye... bukan tidak disapa..... tapi!!!!!!!!!...... hati ini masih degil. hati ini masih bisu.... hati masih tertutup..... malah semakin rapat.
Demi menutup hati yg cacat ini... aku perlu lari..... aku perlu sembunyi... agar ia tertutup rapi.... agar ia bisa kurawati...... supaya ia sembuh dr luka yang dalam ini.
Cemuhan, sindiran, ejekkan dan kutukkan menjadi halwa telinga..... kekadang sakit gak mendengarnyer... namun aku bisa terima. Aah!!! biarlah mereka.... aku x peduli. aku pekakan telinga saje. Selagi aku mampu bersabar.... aku biarkan saje.... katelah ape yang hendak di kate.... aku terima. kerana ia x jadi kudis pun.
Namun.... hati ini terkadang menangis gak.... kerana hati ini dipunyai oleh insan yang biase.... yg tahu rasa sakit, yg tahu rasa perit.... yg tahu rasa tercalar. hakikat nyer mmg begitu. hati insan yang lemah.... insan yg kerdil........ yg byk kekurangan dlm diri. Walau byk yg ingin ku tulis.... namun x mampu tanganku ini melarikan pena. cukuplah luahan sekadar ini..... agar kurang rase sesak di dada.......Semoga ALLAH mempermudahkan urusanku di hari-hari yg mendatang..... AMIN....

ambillah WAKTU...........


Ambillah Waktu
Untuk Berfikir,
Itu Adalah Sumber Kekuatan.

Ambillah Waktu
Untuk Bermain,
Itu Adalah Rahsia Dari Masa Muda Yang Abadi.

Ambillah Waktu
Untuk Berdoa,
Itu Adalah Sumber Ketenangan.

Ambillah Waktu
Untuk Belajar,
Itu Adalah Sumber Kebijaksanaan.

Ambillah Waktu
Untuk Mencintai Dan Dicintai,
Itu Adalah Hak Istimewa Yang Diberikan Tuhan.

Ambillah Waktu
Untuk Bersahabat,
Itu Adalah Jalan Menuju Kebahagiaan.

Ambillah Waktu
Untuk Tertawa,
Itu Adalah Musik Yang Menggetarkan Hati.

Ambillah Waktu
Untuk Memberi,
Itu Adalah Membuat Hidup Terasa Bererti.

Ambillah Waktu
Untuk Bekerja,
Itu Adalah Nilai Keberhasilan.

Ambillah Waktu
Untuk Beramal,
Itu Adalah Kunci Menuju Syurga
.

Rabu, 2 Januari 2008

DARI SUDUT HATI MAWARUNGU......


Ya Tuhan... Kepada ENGKAU aku sembah
Kepada Engkau aku minta pertolongan
Tunjukan aku jalan yang lurus.
Ya.. Allah Ya Tuhan ku...
Ini aku datang untuk mencurah isi hati
Terlalu banyak sekali perkara2 yang ingin ku luahkan yang ada didalam fikiran dan dada ini kepada MU. Aku juga telah mendengar khabar gembira dan khabar ancaman dari MU melalui kitab Al Quran MU.Dan bermacam2 keterangan dari ahli agama tentang suruhan dan larangan MU. Telah ku lalui hidup ini bertahun2 penuh dengan kekurangan dan kesilapan.
Ya Allah Ya Tuhan ku...
Sesungguhnya Engkau jua sebaik2 petunjuk. Engkau juga sebaik2 pemberi kekuatan diri ini didalam menempuhi segala kesenangan dan kesusahan.
Sesungguhnya aku cuma ada dua pilihan sahaja didalam hidupku ini. Percaya dan yakin kepada MU didalam hidupku ini ...... atau sebaliknya! Bersyukur dan beramal sebulat hati semata2 kerana MU didalam hidupku ini ........ atau sebaliknya.
Ya Allah Ya Tuhan ku....
Sesungguhnya aku mengaku bahawa fikiran dan hatiku ini masih lemah. Sering sahaja berubah2. Sekejap begini.... sekejap begitu. Dan aku juga telah sedar.... yang selama ini, aku telah membiarkan hati-perasaan dan kesukaanku lebih cenderung kepada ....... selain ENGKAU! Tanpa aku sedari, aku telah membiasakan diri dan hatiku ini cenderung kepada ......... selain Engkau!
Tanpa disedari, aku telah lebih suka kepada macam2 perkara selain dari ENGKAU! Aku telah memupuk hati dan suka ku kepada ........ selain Engkau.
Maha suci ENGKAU Ya Allah! Yang telah memberi kesedaran kepada ku.
Segala puji hanyalah kepada MU ya Allah yang telah membuka fikiranku ini!
Ya Allah Ya Tuhanku.
Mulai dari saat ini, aku akan berusaha didalam hidupku ini sepanjang hayatku untuk SUKA kepada ENGKAU! Aku akan berusaha untuk mendidik hatiku ini supaya lebih cenderung dan suka kepada MU Ya Allah! Aku akan cuba mengurangkan kesukaanku kepada lain2 perkara.... supaya hatiku lebih suka
kepada MU Ya Allah!
Tolonglah aku Ya Allah!
Tolonglah aku supaya hatiku lebih suka kepada MU Ya Allah! Aku takut jikalau hatiku menjadi kurang suka kepada MU. Aku takut jikalau hati ku lebih suka kepada lain2 perkara melebihi suka ku kepada MU Ya Allah. Aku tidak mahu hatiku lebih suka kepada perkara2 lain melebihi daripada suka kepada MU ya Tuhanku!
Apalah ertinya hidup ini dan diri ini... jikalau hatiku ini lebih suka kepada yang lain melebihi suka kepada MU!
Apalah ertinya diri ini yang telah percaya kepada MU dan agama MU.... sedangkan hatiku ini lebih cenderung dan suka kepada perkara2 yang lain melebihi daripada suka kepada wajah MU Ya Allah!
Apalah ertinya segala kepandaian ilmu dan amal kebajikan yang ku lakukan didalam hidup ini...... jikalau hatiku ini masih lebih cenderung dan lebih suka kepada perkara2 yang lain..... melebihi cenderung dan suka kepada zat MU ya Allah.
Apalah ertinya segala ibadat dan zikir ku kepada MU didunia ini ... jikakalau hatiku masih lebih suka kepada lain2 perkara .... melebihi daripada suka ku
kepada MU ya Allah!
Apalah ertinya bersyukur dan ikhlas kepada MU.... sedangkan hatiku lebih cenderung dan suka kepada perkara2 lain melebihi suka kepada MU Ya Allah.
Bagaimana aku boleh lari dari perkara ini..... sedangkan ENGKAU amat mengetahui apa yang hati ku lebih suka dan cenderung Ya Allah!
Ya Allah Ya Tuhan ku.....
Aku tidak mahu mati dengan membawa sekeping hatiku yang amat kurang suka kepada MU! Aku tidak mahu mati dengan membawa sekeping hatiku... yang lebih suka kepada lain2 perkara melebihi dari suka kepada wajah MU!
Aku merasa malu dan bersalah jika mati dengan membawa sekeping hatiku yang kurang suka dan sayang kepada MU Ya Allah!
Tolonglah aku Ya Allah...!
Bawalah hatiku ini supaya lebih cenderung dan suka bergembira kepada zatmu Ya Allah melebihi daripada perkara2 yang lain!
Sesungguhnya..... aku telah pun percaya kepada MU Ya Allah!Walau apa pun yang bakal terjadi.... aku tidak ada pilihan yang lain... melainkan mesti suka kepada MU Ya Allah ..... melebihi daripada perkara2 yang lain!
Dan...Aku mengaku bahawasanya.... ENGKAU lah Ya Allah...satu2nya Tuhan ku!

azamku....

Aku terdampar di sudut waktu
Detik demi detik terus meninggalkanku
2007 kian menghilang
2008 kian menjelma
1428 kian menjauh
1429 kian menghampiri
Semuanya bergerak pantas
Menyusur paksi
Dan aku
Aku yang hidup tapi sebenarnya mati
Aku yang punya mata tapi terasa buta
Aku yang punya akal tapi kurang bijak menggunakannya
Aku yang punya hati tapi gagal mengawalnya
Tak ada pilihan lain
Aku harus BERUBAH !
Tinggalkan jahiliyah
Tuk temukan jati diri
Dalam fitrah insani
Diriku yang sejati
Diriku yang mandiri
Diriku yang bukan orang lain
Buang semua topeng penutup wajahku
Buang semua batu cadas yang membelenggu
Potong semua rantai penghambat kemajuanku
Jadilah diriku yang indah
Jadilah yang terbaik dalam diriku
Muliakan pekertiku
Kuatkan Imanku
Agar segala kekurangan dan kelebihanku
itulah kurnia untuk berbagi dengan sesama
Kan kunikmati semua jalan perjuanganku
Biar pun berliku-liku mendaki dan maju
Segala kesulitan di masa lalu
Semua kesusahankan terasa indah dan mudah
Bila aku telah sampai pada tujuan
dan bakal menjadi penggajaran
agar perjalananku terasa
sungguh indah…