Sabtu, 27 Disember 2008

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia
Aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia,
Cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia,
Cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia,
Jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
Jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,
Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia.
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia.
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia.
Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,
Bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia,
Andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia.
Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia.
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,
Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia,
Usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,
Bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya.
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya.
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia.
Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia.
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,
Jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,
Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,
Hubungan ini terjaga
Selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia
Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya
Walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah
Yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
Memasuki taman larangan dengan sopan santunnya
Dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini
Sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Flowers Glitter Graphics
Glitter Graphics ::: Glitterboom.com

Jumaat, 28 November 2008

suara hatiku....

Resah..!!
hati ini sudah pandai
mengetarkan
bisikan dalam untaian kata
jiwa ini sudah bijak
menganyam
bait-bait bicara
libasan ingatan sudah terbias
bicara manja mengalun kemesraan
senyuman ini
sudah pantas melarik
membuai menleraikan keserasian
aku...
aku sudah berani mencongkak
rindu
aku
sudah berani mendongkak
ke bulan penuh dipayungi bintang
yang kelam sudah bersinar semula..
entah mengapa saat ini
rindu semakin kuat mencengkam hati..
dan rindu ini
bisa membuatkan aku ditimpa hujan hati..
Ya Allah Ya Tuhanku..
redakan semula hatiku ini..
supaya aku tidak hanyut..

Ketika aku sedang cuba menangkis
rindu ini dari terus membelenggu..
suaranya hati menitip pesan
suaranya hati mengkhabar salam
aku tidak mahu ia hadir
tetapi azimatnya
sudah memadai
membuatkan aku tersenyum..
senang dan terus ketawa
mengimbangi
ribut rindu yang melanda
dan terus membebani hatiku
dari setiap saat da waktu
dari setiap masa dan ketika
tetapi aku harus sedari..
dan aku sendiri mengajar hati ini
bahawa aku tidak boleh tamak
dengan apa yang kuingini...
biarlah keinginan itu berlalu
dibawa angin lalu..
kerana
aku tahu aku
AKU TAK BISA MEMILIHMU.....

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for I Miss You Comments
*** mawarungu.... usah impikan sesuatu yg x bisa tercapai dek tangan. usah cuba gapai kejora diawangan. Dirimu akan sakit... dirimu akan perit. Antara dirimu & c DIA... banyak bezanya.... terimalah hakihat wahai HATI.... usah walangkan jiwa yang resah ini.... usah gugurkan mutiara permata ini... dirimu sudah tahu apa yang tersirap sebaliknya.... DIA x mungkin bisa ku miliki.... itu aku sudah pasti.... sedarlah wahai HATI... sedarlah.... singkirkan rasa rindu itu.... campakkan jauh2.... moga dirimu terus akan menjadi dirimu iaitu MAWARUNGU.

Ahad, 23 November 2008

allain....

Allain.... tiada tandingannya ape yang pernah kita lalui..... tiada kurangnya kenangan yang tercipta sepanjang hidup ini masih segar abadi selamanya......

Aku sekarang
Adalah bahagian dari masa lalu ku
Aku pernah pergi
Meninggalkan dirimu jauh
Melupakanmu...
Tapi lihatlah..
Diriku rapuh..
Tanpa dirimu tiada ertiku
Hebatnya engkau
Tak sedetikpun
Pernah kau meninggalkan diriku,
Kusedari..
Kerana Dirimu
Kumampu berdiri tegar
Walau seberat apa pun
Beban dihadapakan ku kini
Kerana cintamu
Ku mampu berjalan tenang
Sesulit bagaimanapun jalan
Yang ku lalui nanti
Pasti hanya dirimu
Kaulah segalanya
Ku jaga selalu, satu cintamu

~mawarungu~


CommentEstate.com Friendster Comments

Watch Naruto-Chicken Recipes-Computer Geeks

Khamis, 20 November 2008

Rindu Di Pantai Berpayung Senja

Aku merenung detik masa yang berlalu
sejenak hati tersentuh
melihat malam pergi meninggalkan daku
terpaku dalam memori kerinduan
sewaktu-waktu dulu kita sering berbicara
menyorot lembaran suka dan duka bersama
dalam puisi pantun...
hati kita terus berbicara
alunan irama yang serentak
dan tika kenangan itu mengusik rinduku
ada kehangatan mengenangi kelopak mata
tidak ku seka akan hadirnya
titisan rindu biar mengalir deras
bicara ku hanya ibarat sepohon mawar senja
berkembang di pantai rindu
sedangkan kau telah ada
sepohon rendang yang bisa memayungi mu
di kala panas dan hujan
dan mawar senja itu
hanya hidup damai di alam ilusi mu
esok-esok yang akan tiba
mawar senja akan layu di genggaman
hilang rayuan bersama kegersangan alam
lalu di pantai berpayung senja
apakah alunan seruling senja
akan terhenti sayu mendayu
menghembus rayu hiba irama hati
dan mawar senja akan lenyap
dibenam mentari di ufuk barat
tinggallah langit sutera ungu merah terluka
menanti kembali malam sepi gelita
untuk menggapai bintang di angkasa
sedangkan kejora tak pasti berkerdipan
teman....di manakah keindahan sebuah nostalgia
tidak kita temui jawapannya
namun aku tidak terdaya...
dan begitu juga kau yang tidak terdaya
dari segala kemungkinan itu
adakah semua itu atas ketentuanNya jua
andai manis kita kecapi.. itulah madu
andai pahit kita perolehi.. itulah hempedu
berserah kita... aku redha...

Rabu, 3 September 2008

ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali

Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]

Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu.. Merayu... Kepada-NYA
Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih... Berqiamullail... Bertahajjud...
Mengadu... Merintih... Meminta belas kasih...."
sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU
yang...Hina.. Dhaif.. Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..

ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………

Selasa, 5 Ogos 2008

suara hati

CLICK HERE FOR GOTFUNKYPLEASURE.COM GRAPHICS
GOTFUNKYPLEASURE.COM

tertutup sudah pintu, pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau

berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak, aku terdiam sepi

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu

dengarkanlah kau matahariku

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku

Isnin, 4 Ogos 2008

aku kerinduan....

Dinginnya malam
menusuk jiwaku yang sepi
terasa…menyayat hati…
menyucuk pilu
menjerat sayu
aaahhhh........
Aku rindu..
teramat rindu
rindu akan dirinya
aku rindu saat dirimu menggenggam jemariku
aku rindu tika dirimu membelai rambutku
aku rindu waktu tanganmu berlabuh manja dibahuku
sungguh aku rindu
rindu yang tak terucap
rindu yang tak terngungkap
rindu yang tak bisa terlunas

Kini...
Semuanya tiada lagi....
tidak walau sesaat
tidak walau sepincing
kerana
dia telah meninggalkan diriku
untuk selama-lamanya
langkah ku longlai
pijak ku goyah
tari ku lemah
aku kena bina semula hidupku
aku kena bertatih dari mula
cara bagaimana hidupku tanpa dirinya
cara bagaimana langkahku tanpa derapnaya
cara bagaimana senyumku tanpa simpulan senyumnya
cara bagaimana tawaku diiringi ilai manjanya
cara bagaimana gurau dibias sendanya

sungguh
aku tak tahu
aku tak mengerti
aku tak pasti
tapi yang nyata
aku rindu
rindu serindu-rindunya....

Ahad, 3 Ogos 2008

keinsafan...

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung ke langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam terlihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia


Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Pengasih Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukum dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini aku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian


Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurk­u pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...

Selasa, 22 Julai 2008

SELAMAT HARI LAHIR.... KHAS UNTUK ADIK SHAM


MySpace Graphics
MySpace Comments

Salam buatmu di hari lahir
Terdengar tawa ria bicaramu
Terbayang ekspresi gembira di wajahmu
Setahun meningkat usiamu
Setahun matang dirimu
Dari kejauhan
Hanya titipan doa

Buat mu di hari lahir yang ke ????
Tiada yang manis dapat diucapkan

Tiada yang indah dapat diberikan
Hanya sebuah picisan puisi Lahir dari hati,
teristimewa Buat mu DIK di hari lahir

Adikku
Salam di hari lahir

Panjatkan doa buatmu
Moga kau kecapi bahagia dihari mendatang
Moga kau ceria neniti suria
Moga kau tenang meniti hari
Moga kau tabah menepis dugaan
Moga kau bijak dalam percaturan hidup

Adikku
Dalam rencah kehidupan
Seribu adunan rasa tergaul
Usah mudah mengalah
Usah mudah berpatah
Usah mudah melatah
Usah mudah meratap
Hadapilah ia dengan keyakinan
Tutupilah ia dengan senyum
Lindungi ia dengan keazaman
Redhailah ia dengan kepasrahan

Adikku
Usiamu semakin menginjak
Status bertukar bersesuaian ruang
Penuhlah ilmu didadamu
Isilah dengan bekalan yang mencukupi
Agar bisa diguna dikemudian hari
Semoga menjadi INSAN yang BERPERIBADI


Adikku
Doa dr kakakmu ini…..
Semoga panjang umur
Semoga dimurahkan rezeki
Semoga dipermudahkan segala urusan
Semoga menjadi hambaNYA yang sejati
Semoga menjadi anak yang soleh
Semoga menjadi insan yang serba boleh
Semoga menjadi kekasih yang ROMANTIK….hehehehehehe
Semoga menjadi yang terbaik dalam yang BAIK-BAIK

Amin ya rabbilalamin….


MySpace Graphics
MySpace Comments

utusan TEMAN.....


*** utusan wat MAWARUNGU.... dr teman yg amat memahami diri ini. Tq awk.... ingatan & atas bebelan yg kekadang sedap utk mawarungu dgar.... kekadang amat sakit utk mawarungu tadahkn telinga.... namun... perhatian & kasih sayang awk yg hulurkn.... mawarungu amat hargai........ tq... DR ADIQ.... (hehehehe.... ingat mawarungu sahabat awk... bukan pesakit awk....hahahhaah.... k.. sayang awk...)
Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati
Aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya
Ada di bibir
Di bibir saja
Aku ini yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban di hidupku
Biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri
Oh! ada saatnya kubicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang kubisa atasi semua
Aku tetap diam

Khamis, 17 Julai 2008

permintaan hati!....

Terbuai aku hilang terjatuh aku dalam
Keindahan penantian
Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta
Aku hilang
Aku hilang
Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta
Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Aku hilang
Aku hilang
Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta
Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Bicara Kenang....


BERBOHONGLAH
Jika ada sesiapa yang mahu melupakan sesuatu.
Sesuatu yang pernah menjadi titik
Dan detik dalam nota hidup.
Melupakan......
Persis sahaja bicara sang perajuk atau si patah hati.
Simpanlah di sudut mana pun,
Dalam diri dan hati atau dicampak ke mana sahaja
Di jagat raya kepunyaan Tuhan ini,
Ingatan manusia tidak akan terhilang,
Juga terpadam.
Kenangan bukan api yang boleh dipadamkan
Dengan menjirus air dan menyembur busa,
Atau apa sahaja alat pemadaman.
Ia bias bertandang kembali pada detik-detik kemudian.
Barangkali mengganggu.
Mengusik atau mencambah rasa suka, senyum ria.
Terpulang.
Kenangan datang lagi,

Antara mimpi dan realiti,
Antara suka dan pedih.
Itulah hakikat kehidupan manusia.
Kenangan kadangkala menjadi tetamu.
Tetamu tidak diundang.
Bertandang dalam sedar,
Antara tangis gembira dan ketawa duka
Antara membenci dan menyukainya.
Dan kenangan bukan suatu pembohongan.
Masa-masa yang berlalu adalah sejarah.

Kehidupan adalah hari ini.
Esok belum pasti.
Biar apa pun perancangannya.
Namun kata-kata itu bukan suatu kebenaran atau mutlak.
Bukan hakiki.
Yang penting dalam hidup ini,
Juga suatu kewajipan,
Mempercayai takdir juga qada dan qadar.

Sabtu, 5 Julai 2008

AKU MENANGIS LAGI.....


Dalam elusan sang kelam yang kosong ini......

Aku ingin membuka pintu hati

Langsung membawa duka lara ini pergi...!!

Agar nyah dari sudut sanubari nan pilu

Memberat... merantai jiwa nan syahdu....

Aku ingin memarahi diriku sendiri

Dan melengking melempias gerhana sengsara ini

Hingga tak dapatku rasakan sakitnya lagi.

Kalau perasaan sayang itu sebuah bayangan

Yang disimbahi kenangan silam

Aku ingin sekali menjadi cahaya

Untuk bisa menangkap bayangan kenangan itu..

Kalau perasaan sayang itu seperti samudra

Aku ingin ingin tenggelam

Dan tak ingin keluar dari pelukan itu..

Tapi... perasaan sayang itu

Tak setipis bayangan semalam

Malah ia kian menebal, padu dan kejap

Dengan simbahan cinta suci nan kudus

Rasa sayang mengengkam mengigit rantai diri

Tidak bisa menampung lolongan rasa cinta

seperti luasnya samudra.

Tapi....aku ingin memeluk mimpi

Mengabdikan mimpi itu sendiri.

Dan aku ingin menikmati sisa mimpi ku di pagi ini...

Untuk menutupi rasa sakit

Dan mendakap mimpiku lagi.

Aku tak peduli

Jika besok mimpi ku akan pergi dan meninggalkan ku

Atau mimpiku masih berada dalam genggamanku.

Wahai waktu berikanlah aku kesempatan

Dan biarkanlah malam tetap berjalan

Sampai kudapatkan mimpiku.....

Dan pagi pun tak akan pernah menjemput

Mimpiku bersama dengannya





- HOLD ME FOR THE WHILE -



Hold, hold me for a while


I know this won't last forever


So hold, hold me tonight


Before the morning takes you away


Hold, hold me for a while


I know this won't last forever


So hold, hold me tonight


Before the morning takes you away


What's that sparkle in your eyes?


Is it tears that I see?


Oh tomorrow you are gone


So tomorrow I'm alone


Short moments of time


We have left to share our love


Hold, hold me for a while


I know this won't last forever


So hold, hold me tonight


Before the morning takes you away


We're in eachothers arms


Soon we're miles apart


Can you imagine how I'll miss,


Your touch and your kiss?


Short moments of time


We have left to share our love


Hold, hold me for a while


I know this won't last forever


So hold, hold me tonight


Before the morning takes you away


Hold, hold me now,


From dusk all night to dawn


Save, save me now,


A short moment of time


Hold, hold me for a while


I know this won't last forever


So hold, hold me tonight


Before the morning takes you away


Takes you away

Jumaat, 4 Julai 2008

MENGHAPUS JEJAKMU...

Teruskan langkah melupakanmu
Lelah hati perhatikan sikapmu
Jalan pikiran mu buat ku ragu
Tak mungkin ini tetap bertahan
Perlahan mimpi terasa mengganggu
Kucuba untuk terus menjauh
Perlahan hati ku terbelenggu
Ku cuba untuk lanjutkan kan hidup
Engkau bukan lah segalaku
Bukan tempat tuk menghentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu
Teruskan langkah melupakanmu
Lelah hati perhatikan sikapmu
Jalan fikirkan mu buat ku ragu
Tak mungkin ini tetap bertahan
Perlahan mimpi terasa mengganggu
Kucuba tuk terus menjauh
Perlahan hati ku terbelenggu
Ku cuba untuk lanjutkan hidup
Engkau bukan lah segalaku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu
Lepaskan segala nya
Engkau bukan lah segalaku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

Selasa, 1 Julai 2008

Aku berusaha kuat,
Berusaha mengatakan kepada semua
Yang sangat kusayangi itu
Uuntuk tetap berusaha berfikir positif.
Sambil tak lupa kubisikkan serentetan doa kepada Sang Khalik.
Ya Allah, tolonglah..aku
Aku mohon, dengan amat sangat.
Hari ini.......
Aku berusaha untuk tak memikirkannya lagi,
Berusaha menjalani semuanya dengan sebiasa mungkin.
Begitu siang menjelangpun,
Aku tetap berusaha aktif seperti biasa.
Siang datang juga,
Dan saat mereka membisikkan kata itu
Aku berusaha tetap untuk bersikap biasa.
Aku mencoba tetap bekerja di komputerku.
Yahoo Messengerku tetap menyala
Tanpa status yang aneh-aneh.
Semuanya biasa.
Tapi tak terasa,
Di sudut mata kananku
Airmata perlahan mulai mengalir.
Dengan dalih ingin pergi sebentar,
Aku pamit pergi.
Di mobil kukejapkan mataku berulang kali,
Berusaha mengusir
Lenangan si air yang ingin mengalir lebih deras di mataku.
Aku telpon saudara kandungku.
Dan aku mulai menangis
Begitu juga saat pertama kali
Aku harus mengantar pemergian yang kucintai.
Berusaha tenang dan tabah aku temani ia.
Ketika malam tiba,
Akupun pulang ke rumah.
Kali ini...
Aku menangis dengan amat sangat.
Aku rindukan dia..... aku amat rindu....
Dan aku belum pernah merasakan lemah longlai
Yang amat sangat seperti sekarang ini.
Tapi aku harus tabaha
Aku harus tabah...tenang....dan kuat
Aku percaya Allah sayang kepada semua hambaNYA
Allah telah menyusunnya sebaik kejadian
Aku redha Ya Allah
Aku redha
Aku ikhlas Ya Allah
Apapun yang akan Engkau limpahkan
Kepadaku dan keluargaku

Jumaat, 20 Jun 2008

HOLD ME FOR A WHILE...

Hold, hold me for a while
I know this won't last forever
So hold, hold me tonight
Before the morning takes you away
Hold, hold me for a while....
What's that sparkle in your eyes?
Is it tears that I see?
Oh tomorrow you are gone
So tomorrow I'm alone
Short moments of time
We have left to share our love
Hold, hold me for a while
I know this won't last forever
So hold, hold me tonight
Before the morning takes you away
We're in eachothers arms
Soon we're miles apart
Can you imagine how I'll miss,
Your touch and your kiss?
Short moments of time
We have left to share our love
Hold, hold me for a while....
Hold, hold me now,
From dusk to dawn all night long
Save, save me now,
A short moment of time


ERTI TEMAN....


Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya......
Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya.....
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah..
bingkisan puisi yg mawarungu terima lewat email semalam dr seorg sahabat yang byk mengisi ruang peribadinya untuk mendengar suara hati mawarungu... HANIE terima kasih.... sesungguhnya Mawarungu rasa bertuah yang amat sangat. Semoga bahagia di bumi Switzerland. Semoga kebahagian menjadi milikmu NUR HANEYZAM HAMZAH disamping suami tercinta ZAFRUL IDHAM dalam melayari bahtera kehidupan. Mawarungu rindukan keletah manja NUR AIN AISYAH & ZIKRIL AIMAN pertama hatimu,,,, SUNGGUH RINDU.

Khamis, 19 Jun 2008

GaBuNgAn ZoDiAk......mencari kasih......

Zodiak, bintang atau horoskop mempunyai pengertian yg sama. Tetapi boleh ke kita percaya dengan semua ini yg kuat mengatakan ianya berkaitan dengan diri kita. Emmmmm…adakalanya macam betul je kan…??suratan atau kebetulan? Bukan saja tentang kita malah keserasian bersama pasangan juga boleh ditentukan melalui zodiak. How bout korang match kan zodiak BF korang dan compare kan nombor yg bertembung dengan zodiak korang. Then tgk pengertian kat nombor gabungan yang korang dapat... So dapat lah korang taw sejauh mana keserasian korang & ur lovely one. Senangkannnnnnnnnnnn………?? =
P Contoh :
Gemini + Libra = 1 = Sehati Sejiwa

ARIES
ARIES + ARIES = 4
ARIES + TAURUS = 5
ARIES + GEMINI = 2
ARIES + CANCER = 6
ARIES + LEO = 1
ARIES + VIRGO = 7
ARIES + LIBRA = 3
ARIES + SCORPIO = 7
ARIES + SAGITAURUS = 1
ARIES + CAPRICON = 6
ARIES + AQUARIUS = 2
ARIES + PISCES = 5

TAURUS
TAURUS + ARIES = 5
TAURUS + TAURUS = 4
TAURUS + GEMINI = 5
TAURUS + CANCER = 2
TAURUS + LEO = 6
TAURUS + VIRGO = 1
TAURUS + LIBRA = 7
TAURUS + SCORPIO = 3
TAURUS + SAGITAURUS = 3
TAURUS + CAPRICON = 1
TAURUS + AQUARIUS = 6
TAURUS + PISCES = 2

GEMINI
GEMINI + ARIES = 2
GEMINI + TAURUS = 5
GEMINI + GEMINI = 4
GEMINI + CANCER = 5
GEMINI + LEO = 2
GEMINI + VIRGO = 6
GEMINI + LIBRA = 1
GEMINI + SCORPIO = 7
GEMINI + SAGITAURUS = 7
GEMINI + CAPRICON = 7
GEMINI + AQUARIUS = 1
GEMINI + PISCES = 6

CANCER
CANCER + ARIES = 6
CANCER + TAURUS = 2
CANCER + GEMINI = 5
CANCER + CANCER = 4
CANCER + LEO = 5
CANCER + VIRGO = 2
CANCER + LIBRA = 6
CANCER + SCORPIO = 1
CANCER + SAGITAURUS = 7
CANCER + CAPRICON = 3
CANCER + AQUARIUS = 7
CANCER + PISCES = 1

LEO
LEO + ARIES = 1
LEO + TAURUS = 6
LEO + GEMINI = 2
LEO + CANCER = 5
LEO + LEO = 4
LEO + VIRGO = 5
LEO + LIBRA = 2
LEO + SCORPIO = 6
LEO + SAGITAURUS = 1
LEO + CAPRICON = 7
LEO + AQUARIUS = 3
LEO + PISCES = 7

VIRGO
VIRGO + ARIES = 7
VIRGO + TAURUS = 1
VIRGO + GEMINI = 6
VIRGO + CANCER = 2
VIRGO + LEO = 5
VIRGO + VIRGO = 4
VIRGO + LIBRA = 5
VIRGO + SCORPIO = 2
VIRGO + SAGITAURUS = 6
VIRGO + CAPRICON = 1
VIRGO + AQUARIUS = 7
VIRGO + PISCES = 3

LIBRA
LIBRA + ARIES = 3
LIBRA + TAURUS = 7
LIBRA + GEMINI = 1
LIBRA + CANCER = 6
LIBRA + LEO = 2
LIBRA + VIRGO = 5
LIBRA + LIBRA = 4
LIBRA + SCORPIO = 5
LIBRA + SAGITAURUS = 2
LIBRA + CAPRICON = 6
LIBRA + AQUARIUS = 1
LIBRA + PISCES = 7

SCORPIO
SCORPIO + ARIES = 7
SCORPIO + TAURUS = 3
SCORPIO + GEMINI = 7
SCORPIO + CANCER = 1
SCORPIO + LEO = 6
SCORPIO + VIRGO = 2
SCORPIO + LIBRA = 5
SCORPIO + SCORPIO = 4
SCORPIO + SAGITAURUS = 5
SCORPIO + CAPRICON = 2
SCORPIO + AQUARIUS = 6
SCORPIO + PISCES = 1

SAGITARIUS
SAGITARIUS + ARIES = 1
SAGITARIUS + TAURUS = 7
SAGITARIUS + GEMINI = 3
SAGITARIUS + CANCER = 7
SAGITARIUS + LEO = 1
SAGITARIUS + VIRGO = 6
SAGITARIUS + LIBRA = 8
SAGITARIUS + SCORPIO = 5
SAGITARIUS + SAGITAURUS = 4
SAGITARIUS + CAPRICON = 5
SAGITARIUS + AQUARIUS = 2
SAGITARIUS + PISCES = 6

CAPRICORN
CAPRICORN + ARIES = 6
CAPRICORN + TAURUS = 1
CAPRICORN + GEMINI = 7
CAPRICORN + CANCER = 3
CAPRICORN + LEO = 7
CAPRICORN + VIRGO = 1
CAPRICORN + LIBRA = 6
CAPRICORN + SCORPIO = 2
CAPRICORN + SAGITAURUS = 5
CAPRICORN + CAPRICON = 4
CAPRICORN + AQUARIUS = 5
CAPRICORN + PISCES = 2

AQUARIUS
AQUARIUS + ARIES = 2
AQUARIUS + TAURUS = 6
AQUARIUS + GEMINI = 1
AQUARIUS + CANCER = 7
AQUARIUS + LEO = 3
AQUARIUS + VIRGO = 7
AQUARIUS + LIBRA = 1
AQUARIUS + SCORPIO = 6
AQUARIUS + SAGITAURUS = 2
AQUARIUS + CAPRICON = 5
AQUARIUS + AQUARIUS = 4
AQUARIUS + PISCES = 5

PISCES
PISCES + ARIES = 5
PISCES + TAURUS = 2
PISCES + GEMINI = 6
PISCES + CANCER = 1
PISCES + LEO = 7
PISCES + VIRGO = 3
PISCES + LIBRA = 7
PISCES + SCORPIO = 1
PISCES + SAGITAURUS = 6
PISCES + CAPRICON = 2
PISCES + AQUARIUS = 5
PISCES + PISCES = 4

NOMBOR 1 – SEHATI SEJIWA Wah! Tu dia…nampaknya kamu dan si dia memang sehati sejiwa…Macamlagu Ajai & Nurul tu….Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, kamu memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. Kamu berdua bersenpendapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada kamu berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan kamu berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan kamu tension dan bergolakkan. Namun kematangan kamu berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat kamu tangkis dengan mudah.

NOMBOR 2 - SALING MEMAHAMI Dalam sesebuah perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan. Walaupun kamu mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan untuk kamu mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia menguasai dirimu. Mungkin komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan. Cuba berterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul manalah tahu suatu hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik bertindak dulu. Tapi berpada-padalah agar apa yang kamu lakukan tidak melukakan hati si dia.

NO 3 – SALING MEMBANTU Baguslah kalau macam ini. Mengamalkan sikap saling membantu dan tentunya kamu sendiri tidak mahu hanya si dia saja memikul beban seorang diri. Jangan pentingkan diri sendiri beb! Tapi jika si dia meminta bantuan kamu hingga boleh menjejaskan dirimu sendiri baik fikirkan dulu. Bukannya meminta kamu menjelaskan segala hutang-piutangnya sedangkan kamu tidak berkemampuan. Ataupun pasangan yang terlalu mengharap pertolongan seperti tidak tahu berdikari walaupun hanya untuk perkara kecil saja. Selalunya orang yang saling membantu ini mempunyai sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu kelemahannya. Tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang pandai membaca isi hati. Tahu pergolakan yang sedang berlaku dalam diri kamu mungkin hanya melalui kegelisahan dan air muka kamu saja. Jadi, tak salah kalau kamu meluahkannya sekadar melepaskan tekanan yang terbuku di dada.

NOMBOR 4 – TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA. Persamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian. Mungkin dari pertembungan sikap kamu berdua.. Walaupun sikap memberontak itu ada, kamu masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan kamu, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan kamu.Susah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perassan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, kamu perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk kamu boleh memberi kesan pada diri kamu sendiri.

NOMBOR 5 – SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT EGO Mahu tapi EGO! Itu yang membuatkan kamu berdua sukar memahami antara satu sama lain. Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan kamu berdua sanggup berjauhan dari berlagak seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin kamu boleh menipu orang lain yang kamu tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan kamu yang terlalu kuat mengatakan yang kamu sayangkannya. Emmmmm…..jika kamu benar-benar sayangkannya tak salah kalau kamu tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu.Nak buat apa sembunyikan kerana kamu sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu. Kikiskan keegoan itu demi kebaikan kamu sendiri dan terimalah hakikat yang kamu berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.

NOMBOR 6 – KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN. Walaupun kamu masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni. Persengketaan dan 'perang mulut' kerap terjadi kerana kamu berdua salang tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi kamu kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya. Untuk memastikan perhubungan kamu berjalan lancar dan tidak tergores dek perasaan yang tak tentu hala itu, kenalah kamu bertolak ansur dan memahami si dia. Bukannya apa kamu tentu tak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun kamu sentiasa bersikap 'panas hati' bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar. Orang kata kalau dah menyala api jangan simbahkannya dengan minyak tanah, bertambah semaraklah ia. Jadi kenalah siram dengan air…pandai-pandailah kamu yea….

NOMBOR 7 – TIDAK SERASI LANGSUNG Huarghhhhhhhhhhh……Janganlah menangis…Tak serasi langsung mungkin hanya sebagai kekasih. Tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesuai kot! Jangan pula bila kamu berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declare war! Isy……sekurang-kurangnya kamu masih boleh bersahabat dan manalah tahu kalau jodoh kamu kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula.Siapa tahukan! Jika kamu benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta kamu itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu...Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiranmu. Mungkin kamu berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesuai untuk bersama semula. Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup kamu. Bukankah kamu mahu si dia menemani kamu sepanjang hayatmu? Emmmmm……amacam? Serasi tak kapel korang?? Jangan percaya sgt fakta neh 100% coz its not always true. Jika betul…itupun hanya sekadar kebetulan sahaja.

Sesungguhnya JODOH PERTEMUAN ITU DI TANGAN TUHAN.. SELAMAT MENCUBA..... RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...

Rabu, 4 Jun 2008

sendiri..

Sendiri.
Merenung diri dalam kepekatan malam.
Aku nampak bayang hitam.
Sendiri.
Dalam renung yang tidak terurus.
Aku nampak garis panjang melurus..
Aku berdiri dalam lautan manusia.
Sendiri.
Mengamati satu persatu.
Aku lihat.
Di sana ada dirimu.
Merenung sendu
Ke arah diri ku
Yang sendirian.
Aku sudah jumpa dirimu?
Belum.
Tidak.
Di mana?
Ada.
Ada di sana.
Kau harus cari.
Sehinggakan ketemu.
Jangan putus asa.
Sampai bila-bila.
Carilah diriku.
Sendiri.

Selasa, 3 Jun 2008

PERSANDINGAN ABADI

Terguris jiwa dalam sengsara
Cinta berbunga hanya seketika
Kupendam rindu batinku tersiksa
Bayang dirimu makin jauh dimata

Terimbas mimpi di waktu bersama
Dingin kasihmu kian lagi terasa
Kini kusedar tak lagi terlena
Saat bahagia pasti menjelma jua

Aku masih dibelai saat kita bersama
Memadu kasih yang menghalang kita di sana
Rindu..rindu aku pada dirimu
Bertemu kita bersanding bersama selamanya

Kan kugenggam bara cinta lama
Tidak aku padamkan lagi
Walaupun beribu dugaan menanti
Ku tetap disini nan abadi

Bawa daku bersamamau
Sama kita mendaki
Bawa daku bersamamu
Sama kita menangis

Warna cintamu indah sekali
Terpahat rindu terukir dihati
Terasa pahit untukku biarkan
Engkau berlalu tinggalku sendirian
Terasa pahit untukku biarkan
Engkau berlalu tinggalku sendirian

Rabu, 14 Mei 2008

!!!!!....


Ada seribu cara didunia
untuk meraih pelbagai tujuan
Di dalam gerak dan keras kehidupan
sering kali terlupakan tujuan yang abadi
Ketika langkah ini terasa penat
menyeret ku sendirian
Tak jelas kemana kaki kulangkah
tersadarlah bahwa aku tak bererti tanpa
tetapkan congak perjuanganku
Ajar aku tulus turuti titahMU
Leburkanlah doaku
Didalam percaturan hidup
Dan kitaran waktuMu
Ketika langkah ini semakin berat
Anugerahkan aku sebuah jawapan
Agar menjadi pedoman
Pada aku yang dalam kegelapan
Padamkan sifat angkuhku
Agar aku tunduk jalani titahMu
Dengan rasa syukur
Dengan seribu nikmat
Aku pasrah
Susuri akan arah jalanku
Tempuhi ranjau duri pencarian
Demi sebuah kehidupan
Pintaku
Damaikanku dengan perngertianMu.

Sabtu, 10 Mei 2008

JEJAKA IDAMAN....


Angan-angan
Bila mencari pasangan
Yang bakal jadi pilihan
Si hartawanAngan-angan
Jejaka pilihan hati
Punyai personaliti
Segak tinggi
Cari-cari
Tunggu-tunggu
Masih belum bertemu
Hari-hari
Yang berlalu
Meningkat usiamu
Pilih pasangan
Memang tak mudah
Asyik berangan
Tak jadi nyata
Angan-angan
Biarlah berbatasan
Jangan sampai penantian
Berpanjangan
Angan-angan
Hanya indah dikhayalan
Yang harus engkau hadapi
Kenyataan

Jumaat, 9 Mei 2008

AKU TETAP BEGINI.... RINDU SEBUAH KENANGAN



Aku yang kerinduan
Dan akan terus menanggung rindu.
Kerana rindu ini
Menciptakan bayang-bayang silamku....
Kerana rindu ini
Membuat aku melihat bayang-bayangmu
Bayang-bayangmu menerbai di mana-mana.
Ahhh.... aku dilambung rindu
Aku rindukan suaramu.
Bait-bait lunak singgah menyapa di telinga,
Gurau senda....
Hilai tawamu....
Masih terpahat kukuh disudut hatiku.
Bergema segar melayari hari-hariku
Aku amat-amat rindu.
Lantaran itu, aku rela didakap rindu....

Biarkan nostalgia mengheret waktu senggangku
Aku pasrah.....
Hanyut dalam kerinduan
Yang tidak bertepi ini dan lemas dalam lautan rindu.
Ada ketikanya aku terus lemas dan tenggelam.

Perasaan bagaikan dilayat-layat lumat
Yang nyata aku rasa bahagia...
Walau perit aku masih bangkit
Walau sakit aku masih bersemangat
Dalam meneruskan hari-hari yang mendatang.


Crite METEOR GARDEN 2 wlu pun dah tgok 3 kali... tapi aku masih nak tgok lg.... wlu ending nya x sama..... tapi perjalanan crite nyer seakan-akan sama. CHAIYO!!!! CHAIYO!!! CHAIYO!!!.... untuk diriku. Insyaallah.... aku tetap akan bangkit....

Isnin, 5 Mei 2008

sifatku!!!!


Sifat..... apakah kita tahu akan sifat. bagaimanakah sifat kita. baik? atau buruk?.... masalahnya kita sering kalah akan sebuah keburukan.... eemmm.... yg paling ketara.....kita mudah terpesona apabila dipuji. Tapi.... apakah itu pujian yang sebenar???? Entahlah.... mungkin fitrah manusia... suka melihat dari segi yang positif untuk memotivasikan diri. Apa-apa pun mana yang baik jadikan tauladan dan mana yang buruk jadikan sempadan.....

ANTARA SIFAT-SIFATKU.....
suka barangan-angan
berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
mudah mendapat penyakit
sentiasa belajar untuk relax
kelam kabut
romantik, pengasih dan penyayang
suka mencari kawan

Heheheheeee..... yang ni di antara sifat-sifatku.... klu berangan...akulah RATUNYA.... klu yang kuat merajuk....hehhehee.... BUKAN AKU..... yang hidup TUNGGANG LANGGANG 2.... adalah aku...... ITULAH MAWARUNGU.....

Jumaat, 2 Mei 2008

HAPPY BIRTHDAY CIK ZU.....

commentbaby.com
SEXY & HOT COMMENTS


CLICK HERE



Matahari bersinar membuka hari
Kicau burung bernyanyi mnyambut pagi
cerianya hari ini segarkan suasana di hati

Hari ini hari yang kau nanti
Lepas semua himpitan yang membebani
Bebaskanlah resahmu rayakanlah harimu

Selamat Ulang Tahun
Semoga panjang umur
senantiasa ceria bahagia selamanya
Ucap puji syukur atas segala nikmat
Serta karunia Tuhan

Bertambah lagi satu tahun usiamu
Bukan lagi usia bermanja-manja
Bercerminlah kau dewasa
lebih yakin melangkah

Semoga akan tercapai semua cita
Gemilang masa depanmu di depan mata
Harapanku dan doaku... untukmu

**** Khas buat sahabatku yang hari ini genaplah usianya yang ke...???? semoga tabah, tenang, bahagia, sihat, panjang umur dan dimurahi rezeki.....

Khamis, 1 Mei 2008

cute x????


salam rumah ku.....isk..isk...isk... dah lama x update blogku ni.... dah bersawang dah..... semak pun dah separas pinggang.... ular pun dah beranak pinak.... isk.... ape nak jadi tah.... eemmm... wlu bersemak... wlu bersawang..... rindu betul ngan umah yg satu ni..... tempat untuk MAWARUNGU mencoret dan mengarut..... kekadang cantik idea yang terluah..... kekadang merapu jer.... tapi MAWARUNGU SUKE......
eeemmm... teddy bear ni khas untuk ANIZ, SHAM DAN CIK ZU..... cute kan..... seCUTE ANIZ, SHAM dan CIK ZU yang bertakhta di hati MAWARUNGU..... MAWAR sayang korang........ MUAH...MUAH...MUAH....


Khamis, 17 April 2008

LELAH DIHATI....


Tuhan...
Dimalam yang hening ini
Aku datang menghadap engkau
Tiada kata yang bisa kuucapkan
Hanya menyanyikan kalimah-kalimah Suci Mu
Membilang biji-biji tasbih
Meratap sayu alunan surahMu
Menghapus sendu rindu di perdu hati…
Tuhan….
Aku hanya ingin duduk di sini
Berada di tempat yang tenang dan damai
Melayarkan hari-hari yang nan indah
Yang telah menjadi bagian hidupku
Aku merindukan saat-saat itu
Diwaktu kulalui hidup ini seolah tanpa beban
Dimana aku bisa merasakan kehadiran seseorang
Yang disaat aku bersamanya
Aku tak perlu memikirkan hal-hal lain
Berada dalam genggaman tangannya
Merasakan hangatnya
Limpahan kasih dari seseorang yang kukasihi...
Namun waktu itu berlalu terlalu cepat
Apa yang kualami kini
Membuatku tidak lagi dapat menikmati hari itu ... lagi
Hari-hari yang sedang kujalani selalu membuatku resah...
Bayang-bayang tentang hari esok
Selalu menghantui anganku di waktu aku termenung...
Menjelang hari yang jika aku diberi kesempatan memilih
Aku berharap jangan bawa aku melewati hari itu
Hatiku ingin berteriak… jangan pergi!!!!
Namun apa dayaku...
Perasaan kehilangan seakan memenuhi fikiranku
Apa dayaku?
Bagaikan burung kecil
Hendak menggapai elang di langit yang tinggi...
Ingin ikut terbang...
Namun tiada daya karena sayapnya yang kecil...
Burung kecil hanya bisa duduk termenung...
Berharap sedikit keajaiban
Yang dapat memberinya kekuatan...
Untuk menjalani hari-hari esoknya...
Kerana bagiku…
Yang terjadi kan tetap kan terjadi.

Jumaat, 28 Mac 2008

.: Mawar Hati Kami :.

Puisi yg didedikasikan utk MAWARUNGU
dr ADIK2 KESAYANGAN MAWARUNGU
...... ANIZ & SHAM.....
Malam sunyi itu
Kau belum dalam lenamu
Menyulam benang-benang harapan
Untuk kau selimutkan sepimu
Kau hangatkan sedihmu

Ianya jalan yg kau pilih
Berlari.... dan terus berlari
Kau harungi ranjau itu
Dengan seribu kekuatan
Dengan sejuta ketabahan
Walau siksa merantai jiwa

Kau sembunyikan resah hatimu
Tawamu tak gambarkan sepimu
Senyummu tak nyatakan dukamu
Mewarnai hati kami
Seluas kasih sayangmu

Moga kau lewati perjalanan ini
Bersama sebuah keyakinan
Terbang persis rama-rama
Tabah menerima rintangan perjuangan
Perjuangan batin diri
Dalam jiwamu itu

Doa dan semangat ini
Hanya untukmu mawar hati kami
Semoga suatu hari
Akan tiba saatnya nnti
Engkau takkan berlari lagi
Bahagia pasti kan jadi milikmu

.: Sesunguhnya Aniz dan Sham sgt sayang n rindu pd akak...moga akak akan sentiasa tabah dan kuat hadapi semuanya. Doa kami berdua sentiasa mengiringi akak... Jaga diri baik2 ye akak :)
:.~Ikhlas dr SHAM n ANIZ

****.... terharunyer akak.... terima kasih adik2 kesayangan akak atas puisi yg kalian wat kn utk akak.... terima kasih.....hanya itu yg mampu akak ucapkn...... kasih sayang kalian akak amat hargai.... akak amat bertuah kerana kalian hadir dlm hidup akak..... ia bagaikan anugerah yg x terhingga.... terima kasih.... terima kasih.... terima kasih


Khamis, 27 Mac 2008

Sarangingayo



entah nape sejak berkunjung ke negara gajah putih.... aku sungguh teruja ngan crite korea yg kelakar, begong & romantik..... sehingga crite 2 yg aku tonton tiap2 mlm..... dah la PUTERA RAJA 2 hensem & cool.... isk wat aku terkenangkn seseorang yg bertapak di sudut.... GUNDIK PUTERA MAHKOTA yg kelakar, begong & periang, membuat aku duduk x berkutik....
On-je-yot-don-gon-ji / gi-yong na jin ah-na
ja-ku nae mo-ri-ga / no-ro u-ji-rop-don shi-jak
han-du bon-shik / doh-oh-ryu-dun seng-gak
ja-ku nul-o-ga-so / jo-gum dang-hwang-su-ru-un i ma-
umpyol-il-I ah-nil su it-da-go / sa-so-han ma-umi-ra-go
ni-ga ne-ge ja-ku (ne ge ja ku)
ma-rul ha-nun / geh o-saeng-han-gol
Chorus:
sa-rang-in-ga-yo / ku-de nah-wa gat-da-myon shi-jahk-in-ga-yo
ma-mi jah ku gu dael / sa-rang-han-dae-yo
on se-sang-i dud-du-rok / so-ri-chi-ne-yo
wae i-je-ya dul-li-jyoh oooohh…
so-rol man-na-gi we-hyae / i-je-ya sa-rang cha-jat-da-go
ji-gum nae ma-umul / sol-myong-ha-ryoh hae-do
ne-ga nae-ga dwe-o mamul nu kki nun bang bop ppun in de
i-mi nan ni / a-ne / it-nun-gol
ni a-ne / ni-ga it-du shi
u-rin so-ro-we-ge (so ro we ge)
i-mi gil-dul-yo / jin-ji mo-la
Repeat Chorus:
Seng-gak-hae-bo-myon (saeng gahk hae boh myuhn)
Manh-un sun-gan-so-ke (so ke)
Ol-ma-na manhun (yeah) sol-le-im it-ot-nun-ji
jo-gum nujun gu man-kum nan do jal-hyae jul-kke-yo
ham-ke hal-ke-yo / chu-wok-i dwel giokman sol-mul-hal-ke
-yoda-shin nae gyote-so / ddo-na-ji ma-yo
jjal-bun sun-gan-jo-cha-do bul-an-han gol-yo
nae-ge mo-mul-lo-jwoyo oooohh…
Gu-dael i-roh-ke ma-nhi (gu to rok ma-nhi)
Sarang-ha-go wi-so-yo (gu dae yo ya mahn) i mi
*** saje mawar uploadkn lirik ni... wlu x faham... tp seakan2 faham... hahahhahaa.... MAWARUNGU dah mabuk.....
mabuk crite korea......

Isnin, 17 Mac 2008

SAHABATKU - GURU -



.:GURU:.

Guru adalah…
Pendandan iman, penjana taqwa
Penggubah hemah, penjalin disiplin
Penyumbi budi, perapi pekerti
Pembancuh roh, pemateri peribadi
Pengukir daya fakir, penyolek intelek
Pencanai perangai, pemintal amal
Penyala daya cipta, perona rupa Pengolah tingkah, penggembur tasawwur
Pemahat semangat, penala daya usaha
Pencanting daya saing, pemilin yakin
Pelentur tutur, pengarca bahasa
Pengandam azam, pembaja cita-cita
Penggilap sikap, penyusun santun
Pemahat minat, pengilat bakat
Pensasa raga, pencerna persona…

Guru adalah muaddib bijaksana
Tekun sabar mengadun tamaddun
Bagai lilin memperkasakan watak
Guru adalah murabbi cendekiawan
Gigih adalah meramu ilmu
Bagai obor mengupayakan minda
Guru adalah mufakkir istimewa
Giat rajin membaji jatidiri
Bagai lampu menjelitakan wibawa
Guru adalah mursyid pendeta
Jujur ikhlas mewarna budaya
Bagai lentera memperkayakan etika
Guru adalah mujahhid peka
Iltizam istiqomah melepa jiwa
Bagai bara mewajakan maruah
Guru adalah mu’alim mempersona
Budiman ihsan mengukir wawasan
Bagai unggun menceriakan impian…
**** smlm bru kekenali seorg insan yg bergelar sahabat. Puisi ku dedikasikan wat dirimu sahabatku.... LONELYHEART.

Ahad, 16 Mac 2008

ATAS NAMA SEBUAH KENANGAN....

Sejenak di saat ini
Dalam fikiran adalah himpunan kenangan. Apa yang ada difikiran ku saat ini adalah himpunan kenangan. Ketika aku kehilangan seseorang, pada sebuah perpisahan yang hakiki. Dan kini segala kenangan manis yang pernah kami ukirkan bersama terus bersemadi menyusup dan memenuhi ruang fikiran

Aku tak ingin kehilangan kenangan itu.
Dan kenangan itu membakar semangat..Benarkah???....
Yup…. kenangan memang membakar semangat. Kerana bayangkan silam walaupun perit tetapi itu adalah dodoian jiwa dan nyanyian diri supaya terus bangun serta berjuang utk memajukan diri agar angan-angan bersama dapat direalisasikan mencari arca sebuah harapan.

Apa yang tersisa untuk katakan dia pernah berada di sini?
Mengenang seseorang, seringkali membuatku terdiam. Tak ada kata dan gema suara. Segala gumam hanya bermain dalam diri saja. Apa yang perlu kukatakan untuk seseorang yang tiada. Orang lain mungkin akan mengatakan itu kerja gila…. Tapi bagi ku itu adalah reality dan ia terus ada di sisi menemani hari-hari nan mendatang.

Kebanyakan fikiran adalah kenangan.
Kenapa di fikiran hanya ada masa lalu? kenapa di fikiran hanya sebuah khayal tentang masa depan? tak ada masa depan yang nyata benar di fikiran. Bahkan alam bawah sedar pun tak mampu menjangkaunya. dan perkataan si penyair Tsabit Kalam Banua pun menjadi nyata,
“…tapi masa depan kita, tak satu pun terucapkan.”

Kenangan adalah pengalaman yang harus di sematkan rapi.
Ia sungguh ada, Bahkan menjadi sebahagian dari sejarah dalam kehidupan kita. Kenangan tetap akan muncul tiba-tiba dan dalam sejenak ia akan terhapus lalu. Namun kenangan seringkali ingin dilupakan, tapi sukarkan???

Aku percaya ia akan terus ada dan memburu sepanjang umur. Ini kerana kenangan akan “Hadirnya tidak diundang… perginya tidak dihalau….”

Sebagaimana kita akan tetap terkenang pada hari ini, dia pun seumur hidup akan diburu-buru oleh kenangan hari ini, sampai matinya, sampai dalam kuburnya....

Sabtu, 15 Mac 2008

MASA DAN AKU...

Ku semadikan cinta ini
Ku abadikan kenangan ini
Dalam dakapan angan
Di sebalik kabus pagi kesiangan
Yang dingin menusuk kalbu
Membaluti jiwaku yang sendu
Dan ku cari kesegaran embun
Untuk ku hidupkan semula
Jiwa ku
Yang hampir mati
Raga ku
Yang kian lumpuh
Jasad ku
Yang lemah longlai
Kerana aku tidak mahu
Ia terkubur sepi
Di telan waktu
Tersadai pilu
Di jamah usia
Terbiar kaku
Diselimuti bayang-bayang.....
Lalu aku teruskan perjalanan
Agar hidup ku
Dihangatkan rias kasih sayang
Di pentas percintaan
Yang tiada penghujungnya.
Ku coretkan juga sebuah kenangan
Di mentari senja
Yang mengizinkan malam bertamu
Menutup cerita disiang hari.
Pasti,
Ku teruskan jua coretan ini
Buat menjadi nisan
Pada cinta yang telah ku semadikan