Jumaat, 9 Mei 2008

AKU TETAP BEGINI.... RINDU SEBUAH KENANGAN



Aku yang kerinduan
Dan akan terus menanggung rindu.
Kerana rindu ini
Menciptakan bayang-bayang silamku....
Kerana rindu ini
Membuat aku melihat bayang-bayangmu
Bayang-bayangmu menerbai di mana-mana.
Ahhh.... aku dilambung rindu
Aku rindukan suaramu.
Bait-bait lunak singgah menyapa di telinga,
Gurau senda....
Hilai tawamu....
Masih terpahat kukuh disudut hatiku.
Bergema segar melayari hari-hariku
Aku amat-amat rindu.
Lantaran itu, aku rela didakap rindu....

Biarkan nostalgia mengheret waktu senggangku
Aku pasrah.....
Hanyut dalam kerinduan
Yang tidak bertepi ini dan lemas dalam lautan rindu.
Ada ketikanya aku terus lemas dan tenggelam.

Perasaan bagaikan dilayat-layat lumat
Yang nyata aku rasa bahagia...
Walau perit aku masih bangkit
Walau sakit aku masih bersemangat
Dalam meneruskan hari-hari yang mendatang.


Crite METEOR GARDEN 2 wlu pun dah tgok 3 kali... tapi aku masih nak tgok lg.... wlu ending nya x sama..... tapi perjalanan crite nyer seakan-akan sama. CHAIYO!!!! CHAIYO!!! CHAIYO!!!.... untuk diriku. Insyaallah.... aku tetap akan bangkit....

Tiada ulasan: