Jumaat, 20 Jun 2008

ERTI TEMAN....


Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya......
Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya.....
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah..
bingkisan puisi yg mawarungu terima lewat email semalam dr seorg sahabat yang byk mengisi ruang peribadinya untuk mendengar suara hati mawarungu... HANIE terima kasih.... sesungguhnya Mawarungu rasa bertuah yang amat sangat. Semoga bahagia di bumi Switzerland. Semoga kebahagian menjadi milikmu NUR HANEYZAM HAMZAH disamping suami tercinta ZAFRUL IDHAM dalam melayari bahtera kehidupan. Mawarungu rindukan keletah manja NUR AIN AISYAH & ZIKRIL AIMAN pertama hatimu,,,, SUNGGUH RINDU.

Tiada ulasan: