Khamis, 17 Julai 2008

Bicara Kenang....


BERBOHONGLAH
Jika ada sesiapa yang mahu melupakan sesuatu.
Sesuatu yang pernah menjadi titik
Dan detik dalam nota hidup.
Melupakan......
Persis sahaja bicara sang perajuk atau si patah hati.
Simpanlah di sudut mana pun,
Dalam diri dan hati atau dicampak ke mana sahaja
Di jagat raya kepunyaan Tuhan ini,
Ingatan manusia tidak akan terhilang,
Juga terpadam.
Kenangan bukan api yang boleh dipadamkan
Dengan menjirus air dan menyembur busa,
Atau apa sahaja alat pemadaman.
Ia bias bertandang kembali pada detik-detik kemudian.
Barangkali mengganggu.
Mengusik atau mencambah rasa suka, senyum ria.
Terpulang.
Kenangan datang lagi,

Antara mimpi dan realiti,
Antara suka dan pedih.
Itulah hakikat kehidupan manusia.
Kenangan kadangkala menjadi tetamu.
Tetamu tidak diundang.
Bertandang dalam sedar,
Antara tangis gembira dan ketawa duka
Antara membenci dan menyukainya.
Dan kenangan bukan suatu pembohongan.
Masa-masa yang berlalu adalah sejarah.

Kehidupan adalah hari ini.
Esok belum pasti.
Biar apa pun perancangannya.
Namun kata-kata itu bukan suatu kebenaran atau mutlak.
Bukan hakiki.
Yang penting dalam hidup ini,
Juga suatu kewajipan,
Mempercayai takdir juga qada dan qadar.

Tiada ulasan: