Ahad, 16 Mac 2008

ATAS NAMA SEBUAH KENANGAN....

Sejenak di saat ini
Dalam fikiran adalah himpunan kenangan. Apa yang ada difikiran ku saat ini adalah himpunan kenangan. Ketika aku kehilangan seseorang, pada sebuah perpisahan yang hakiki. Dan kini segala kenangan manis yang pernah kami ukirkan bersama terus bersemadi menyusup dan memenuhi ruang fikiran

Aku tak ingin kehilangan kenangan itu.
Dan kenangan itu membakar semangat..Benarkah???....
Yup…. kenangan memang membakar semangat. Kerana bayangkan silam walaupun perit tetapi itu adalah dodoian jiwa dan nyanyian diri supaya terus bangun serta berjuang utk memajukan diri agar angan-angan bersama dapat direalisasikan mencari arca sebuah harapan.

Apa yang tersisa untuk katakan dia pernah berada di sini?
Mengenang seseorang, seringkali membuatku terdiam. Tak ada kata dan gema suara. Segala gumam hanya bermain dalam diri saja. Apa yang perlu kukatakan untuk seseorang yang tiada. Orang lain mungkin akan mengatakan itu kerja gila…. Tapi bagi ku itu adalah reality dan ia terus ada di sisi menemani hari-hari nan mendatang.

Kebanyakan fikiran adalah kenangan.
Kenapa di fikiran hanya ada masa lalu? kenapa di fikiran hanya sebuah khayal tentang masa depan? tak ada masa depan yang nyata benar di fikiran. Bahkan alam bawah sedar pun tak mampu menjangkaunya. dan perkataan si penyair Tsabit Kalam Banua pun menjadi nyata,
“…tapi masa depan kita, tak satu pun terucapkan.”

Kenangan adalah pengalaman yang harus di sematkan rapi.
Ia sungguh ada, Bahkan menjadi sebahagian dari sejarah dalam kehidupan kita. Kenangan tetap akan muncul tiba-tiba dan dalam sejenak ia akan terhapus lalu. Namun kenangan seringkali ingin dilupakan, tapi sukarkan???

Aku percaya ia akan terus ada dan memburu sepanjang umur. Ini kerana kenangan akan “Hadirnya tidak diundang… perginya tidak dihalau….”

Sebagaimana kita akan tetap terkenang pada hari ini, dia pun seumur hidup akan diburu-buru oleh kenangan hari ini, sampai matinya, sampai dalam kuburnya....

Tiada ulasan: