Sabtu, 15 Mac 2008

MASA DAN AKU...

Ku semadikan cinta ini
Ku abadikan kenangan ini
Dalam dakapan angan
Di sebalik kabus pagi kesiangan
Yang dingin menusuk kalbu
Membaluti jiwaku yang sendu
Dan ku cari kesegaran embun
Untuk ku hidupkan semula
Jiwa ku
Yang hampir mati
Raga ku
Yang kian lumpuh
Jasad ku
Yang lemah longlai
Kerana aku tidak mahu
Ia terkubur sepi
Di telan waktu
Tersadai pilu
Di jamah usia
Terbiar kaku
Diselimuti bayang-bayang.....
Lalu aku teruskan perjalanan
Agar hidup ku
Dihangatkan rias kasih sayang
Di pentas percintaan
Yang tiada penghujungnya.
Ku coretkan juga sebuah kenangan
Di mentari senja
Yang mengizinkan malam bertamu
Menutup cerita disiang hari.
Pasti,
Ku teruskan jua coretan ini
Buat menjadi nisan
Pada cinta yang telah ku semadikan


Tiada ulasan: