Jumaat, 28 November 2008

suara hatiku....

Resah..!!
hati ini sudah pandai
mengetarkan
bisikan dalam untaian kata
jiwa ini sudah bijak
menganyam
bait-bait bicara
libasan ingatan sudah terbias
bicara manja mengalun kemesraan
senyuman ini
sudah pantas melarik
membuai menleraikan keserasian
aku...
aku sudah berani mencongkak
rindu
aku
sudah berani mendongkak
ke bulan penuh dipayungi bintang
yang kelam sudah bersinar semula..
entah mengapa saat ini
rindu semakin kuat mencengkam hati..
dan rindu ini
bisa membuatkan aku ditimpa hujan hati..
Ya Allah Ya Tuhanku..
redakan semula hatiku ini..
supaya aku tidak hanyut..

Ketika aku sedang cuba menangkis
rindu ini dari terus membelenggu..
suaranya hati menitip pesan
suaranya hati mengkhabar salam
aku tidak mahu ia hadir
tetapi azimatnya
sudah memadai
membuatkan aku tersenyum..
senang dan terus ketawa
mengimbangi
ribut rindu yang melanda
dan terus membebani hatiku
dari setiap saat da waktu
dari setiap masa dan ketika
tetapi aku harus sedari..
dan aku sendiri mengajar hati ini
bahawa aku tidak boleh tamak
dengan apa yang kuingini...
biarlah keinginan itu berlalu
dibawa angin lalu..
kerana
aku tahu aku
AKU TAK BISA MEMILIHMU.....

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for I Miss You Comments
*** mawarungu.... usah impikan sesuatu yg x bisa tercapai dek tangan. usah cuba gapai kejora diawangan. Dirimu akan sakit... dirimu akan perit. Antara dirimu & c DIA... banyak bezanya.... terimalah hakihat wahai HATI.... usah walangkan jiwa yang resah ini.... usah gugurkan mutiara permata ini... dirimu sudah tahu apa yang tersirap sebaliknya.... DIA x mungkin bisa ku miliki.... itu aku sudah pasti.... sedarlah wahai HATI... sedarlah.... singkirkan rasa rindu itu.... campakkan jauh2.... moga dirimu terus akan menjadi dirimu iaitu MAWARUNGU.

Tiada ulasan: