Jumaat, 5 Oktober 2007

aku....

Hidup ini entah apa-apalah,
sesekalinya bersemangat .... selebihnya berputus asa
sesekali ceria .... selebihnya melukakan,
sering keliru garis-garis pelangi,
sekejap merentang .... sekejap menghilang,
sebelum sempatku sentuh, warnanya langit tiba-tiba kelam,
ada ketika aku menyendiri memeluk sepi..
duduk berdua bersama gelapnya malam ...
menaksir betapa jerihnya melewati musim-musim luruh,
sedangkan bahagiaku tak pernah ranum......

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mawar,
hidup ni prjlnan, kkdg perlu laju, kkdg kena perlahan dan kkdg perlu berhenti seketika..
disaat kita ingin kn perjlanan diteruskn, kita perlu penuhi tank dgn minyak..
moga perjalanan ini akan berjalan lancar..
*salam