Jumaat, 14 Disember 2007

untuk mawarku....

dia yang ku panggil
MAWARKU
Jika dikala ini dirimu tak mewangi,
kerana sedang berlagu sedih
aku kan tetap memanggilmu mawar..
Jika dikala ini dirimu tak merekah seindah biasa,
kerana jiwamu dirusuh gerhana
aku kan tetap memanggilmu mawar..
Jika dikala ini dirimu terkuncup syahdu
kerana dirimu dibayangi memori semalam
aku tetap menitip ucapan semangat
kerana itu aku tetap memanggilmu mawar
jika dikala ini dirimu berkudup kabut
kerana dirimu dibuai cinta semalam
tapi aku tetap memanggilmu mawar
jika dikala ini dirimu berselubung kelopak mayang
kerana dirimu tidak berganjak walau sepincing
tapi aku tetap memanggilmu mawar
jika dikala ini dirimu berkelopak mantan
kerana harimu di simbah tangisan kehilangan
aku tetap memanggilmu mawar
dan...
seterusnya apa yang berkisar tentang dirimu
walau setega mana kisah
aku tetap akan memanggilmu
MAWARKU
kerana
Aku tetap mampu berharap,
aku akan berdoa
aku akan terus berusaha
dan aku akan terus menunggu,
agar dirimu tersedar
agar dirimu terjaga
agar dirimu celik mata
agar dirimu bangkit semula
agar dirimu berdiri nyata
agar dirimu menjadi insan biasa
supaya
dirimu kembali merekah mewangi,
dirimu ceria semula
dirimu ketawa bercanda
dirimu menggusik nakal ketawa
dirimu semangat membara
dirimu riang bertingkah nada
oleh itu
dirimu tercipta.....
Dan namamu yang kupuja
MAWARKU
**** titipan puisi dari seorg teman.....

Tiada ulasan: