Selasa, 13 November 2007

bicara buat BULAN....

Tika ku renung kembali
sepi malam mengulit diri
di kamar aku mendongak kelangit
melihat bulan bersinar lembut
lalu ingatanku menggamit dirimu
yang menjadi teman diseketika waktu
namun bermakna buat diriku
Saat sang suria menjelma lagi
Kita berbicara tentang diri
Berkisah tentang reality
Dalam mengenali siapa empunya diri
Kau berselindung dibalik awan
Bersinar terang ke serata alam
Membuat pungguk berlagu rindu
Mendodoi sayu sepanjang malam

Kini kau menghilangkan diri
Dalam merawat luka di hati
Menggusir gerimis melanda di jiwa
Meninggalkan dirimu berduka
Sehingga dirimu tak berdaya
Membias cahaya pesona
Waktu semakin mampir beradu
Rembulan mengutus khabar pilu
Membuat diri tertanya sendu
Lantas di titip ungkapan semangat
Agar dirimu bisa kuat
dan berhati waja…
Tabah dan sabar…
Ku genggam kata-katamu
kita tetap kawan biarpun dunia kita berbeza
kita tetap serasi biarpun kita tak perlu brjumpa
kita tetap mesra biarpun kita kawan cyber..
*** Untuk ADIK SHAM… KAKAK BULANBIRU mengutus salam…. usah di tanya kemana menghilang…. kerana sibuk dengan urusan….

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tika hati gerimis, Bintang menjadi teman brbual Bulan...Alangkah bahagia Bulan, dpt berbisik rasa hati pada Bintang...
Bulan dan Bintang punya rasa yg sama..biarpun sesekali bicara antaranya jarang bertemu dan jarang bersatu..
Di situ juga si pungguk tak pernah jemu menunggu, kerana rindu hati dan sayang..Bulan menghargai semua itu..Terimakasih..Buat yg memahami.

secalit dakwat berkata...

selamat kembali ke persada bicara...
usah digesa.... bangkitlah dgn selesa agar semangat bru dpt bertamu di jiwa...
bulan.. bintang dan pungguk 3 elemen yg setia diantara satu sama lain... walau berbeza alam, walau berbeza hakikat.... namun 1 yg dijdkan pegangan iaitu perindu....