Khamis, 22 November 2007

ungu rindu

Tika bicara mu datang ...
Menyapa segenap ruang hati
Gugurlah resah menyelimuti ruang diri
Terpaku mata meniti tuturmeminggir duka diselam pilu
Gundahlah jiwa dalam debaran
Berlabuhlah rindu membara gelora
Mengamuklah sukma minta dimanja
Apakah itu satu pesona
Apakah itu satu godaan
Apakah itu satu relaan
Apakah itu satu igauan
Apakah cuma satu khayalan
Atau cuma satu candaan..
Buat yang kesekian waktu
Dunia terus bergolak
Badai pun terus mengucup bibir pantai
Entahlah apa akan terjadi...bila pantai sepi
Dari belaian ombak semalam..
Yang menjilat dan meratah pepasir kerdil..
Pastinya..
Rindu datang lagi...
Dan lagi..
Mengetuk2 setiap dahan kasih
Gugurlah kelopak bersama seri harumnya
Mewangi dan mempersona
Mengepung kejujuran dan kesetiaan
Mewarnai ketulusan bicara tanpa suara
Yang kini jarang ku dengar rentaknya
Namun....
Tidak tahu sampai bila..???
Haruskah dinanti rintihan rindu ini..
Atau..
Masih belum pasti lagi
Cinta kasih dan rindu itu
Milik siapa sebenarnya...?
Dulu dan kini...
Di tabir malam ini
Ada renda-renda yang tersulam
Melakar sepi antara keliru
Menjadikan aku perindu malam
Yang cuba sembunyikan cemburu
Pada pantai dan ombak
Maafkan aku
Ingin sekali ku jamah tutur madah mu
Ingin sekali ku rangkaikan percantumannya
Dalam rangkulan irama rindu
Kuagar robek hati ku tidak sampai kemana..
Dan...
Jika pelayaran itu akan bermula
Jauh dari pantai hati..
Membawa sepi impian indah
Tinggal pepasir dalam kesepian
Menanti hari esok penuh sangsi
Kerana esok tidak menjanjikan apa-apa..
Yang tinggal aku kehilangan
Menahan hempasan ombak duka
Tatkala diusik kenangan
Rindu tetap akan berlagu...
Walau dalam pilu
Sebab rindu itu kita yang cipta
Tanpa kita sedari...
Andai tiada lagi kata-kata ini
Bermakna terkuburlah bersama lilin malam

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rindu datang lagi..
Buat hati jadi sayu
..kenapa mesti ada RINDU??

secalit dakwat berkata...

rindu mainan perasaan...
usah diusir kerana ia akan hadir
usah dihalau kerana ia akan menjengah jua
usah dipinggir kerana peritnya membakar jiwa...
biarlah ia
pujuklah ia
damaikan ia
moga rindu itu lenyap dengan aman
lenyap dengan damai....