Isnin, 19 November 2007

perjalanan....


Merentasi alam
Adakala kita perlu berbohong demi mereka
Disekeliling yang kita sayang
Dan mereka yang menyayangi kita
Agar mereka rasa amat bahagia

Melunaskan impian
Melalui lorong yang sempit
Amat sukar dan payah..
Biar perit…

Biar sakit
Namun bila kejayaan menjelma
Dapat merasai
Betapa nikmatnya hidup pabila memperolehi sesuatu
Selepas melempias seribu kudrat
Mencipta setitis kemenangan
Tetapi terasa amat berharga sekali
Dan kita simpan selamanya…
Iaitu persingahan..


Memulakan langkah
Dengan bekalan azam dan semangat
Memohon restu irigan doa…
Doa bonda sangat makbul..
Titipan ayahanda melebur kepayahan
Oleh itu….
Jangan sesekali menderhaka pada ibu bapa
Jangan sesekali lupa pada mereka


Sepanjang perjuangan
Sahabat menjadi sandaran
Untuk berkongsi rahsia hidup
Bilamana ku anggap
Rahsia hidup ini seperti nyawaku
Yang teramat istimewa..
Bagi kawan yang baru datang
Ia amat misteri
Kerna ketawaku menghiburkan
Bicara mereka
Suaraku bergema berlagukan nyanyian jiwa…


Menjadi diri sendiri
Dalam pentas dunia
Ibarat pujaan nyanyian di malam hari
Tiada lelapkan mata
Agar jari jemari teruskan melangkah…
Aku laksana penghibur
Aku hulurkan senyuman pertama
Aku mereka kenal
Kerna sirna lakaranku
Menjadi bintang malam untuk mereka….
Kenangan indah tercipta
Kupejamkan yang telah dipinjam kan sementara
Untuk mengenal erti pertemuan dan perpisahan
When one of them come to me..
Say “I’m her Hero being part to save her life…..with tears..”


Aku ketawa Cuma
Langkah terus ku hayun
Kemana destinasiku selepas ini?
Bicara mereka….
Kami tetap di sini
Meneruskan permainan takdir sendiri
Tegaplah langkahmu
Agar bisa kau kembali
Menemui kami di daerah ini
Omong mereka lagi…
Izinkan kami berjalan bersamamu
Melalui lorong ke hujung jalan itu bersamamu
Dan pabila sampai disitu
Izinkan kami melambai kepadamu
Bukan mengatakan selamat tinggal
Atau
Selamat jalan
Tetapi menyatakan kami
Mengingatimu
Dan kami tahu dirimu
Bisa meneruskan perjuangan hidupmu
Dalam memilih jalan yang terbaik
Kerana

Garisanmu adalah titik lenyapnya hidupmu….

Tiada ulasan: