Isnin, 12 November 2007

tarikh ini....

Jika tiba pada tarikh ini…. Aku akan cuba menyibukkan diri…. Aku x mau hanyut lagi…. Aku harus kuat. Aku harus tabah. Itu tekad ku. Itu azam ku. Namun…. Bila tiba tarikh ini… aku tetap tewas. Aku tetap akan menangis. Aku tetap akan sedih. Kerana pada tarikh ini mengingatkan aku akan saat pemergianmu. Saat aku ditinggalkan… saat aku kehilangan. Kehilangan insan yang tersayang. Aku cuba melupakan… namun aku x berdaya. Aku cuba melenyapkan…. namun aku x mampu. Kerana kenangan bersama mu sudah sebati dalam diriku… sebati dalam jiwaku. ... sebati dalam irama hidupku. Akhirnya….. air mataku yg akan berlenangan lesu menenmani hari-hari sepiku…. aku pasrah.... aku redha.... aku terima suratan takdir..... mungkin hikmah yg tersirat menjanjikan yg terbaik buat diriku & dirimu....

Tiada ulasan: